Penulis


Menggunakan nama pena 'AK Kelana' di blog Kelana Cinta. Mula menceburi dunia 'blogging' ini pada tahun 2012 sehingga kini.

Pada awal penglibatan dunia 'blogging', aku sudah menegaskan pada diri aku, aku menulis dan menyampaikan kerana hasrat ingin berkongsi. Apa-apa ilmu/informasi yang aku boleh kongsi aku akan kongsi dengan sebaiknya.

Selain itu, blog ini juga bertindak sebagai wadah aku menyimpan koleksi puisi aku yang bertimbun tak muat buku. Buku kadang boleh hilang, kadang koyak air tumpah. Jadi penyimpanan secara digital lebih kekal. Tidaklah hilang puisi-puisi coretan aku malah ada yang membaca dan berkongsi dengan orang lain.

'Blogging' bukan kerja utama aku. Aku tidak menjana pendapatan dengan 'blogging' dan aku harap aku juga tidak menjana dosa dengan 'blogging'.

Aku seorang penganggur sepenuh masa setelah tamat peperiksaan SPM 2014. Sekarang sedang bekerja disitu disini sambil-sambil berniaga online. Puisi dan muzik adalah minat aku pastinya. Aku tulis apa yang aku nak. Ada ke orang nak bukukan sajak aku? Hmm.