Dan Langit Pun Menangis



titis hujan

Langit kelabu
tak lagi biru

Awan putih memendung
gelap seakan berkabung

Guruh menjerkah
serak-serak basah


Petir meranting
dedahan runcing

Angin menderu
seakan peluru

dan
langit pun menangis

AK KELANA

Catat Ulasan