Bunuhlah Aku (II)


mesej di draf
aku buntu mencari peluang
tuk nyatakan aku ingin hilang
dari kesedaran

aku diracik hidup-hidup
oleh pisau ketidakpercayaan
dan parang ketidakyakinan
dari tangan-tangan sendiri


betapa lelah pekik-pekik hati
cuba melawan pisau dan parang itu
dan aku kalah
dan aku rebah

aku rela hidup disangkar besi
dari diseksa seperti ini

pisau dan parang itu
makin membelah dalam-dalam
menusuk hati dan perasaan
lalu malapkan api impian

ah. aku sakit. bunuhlah aku!

Catat Ulasan