Tips-tips Sebelum Membeli Gitar Pertama Anda

Memilih gitar bukan sesuatu yang mudah untuk seorang 'beginner' atau pemula dalam bidang ini. Ia mengambil masa berbulan malah bertahun-tahun untuk mencari gitar yang sesuai dengan gaya dan citarasa anda. Selain itu, seiring dengan usia citarasa akan berubah-ubah.

custom acoustic fg701, acoustic guitar
Custom Acoustic FG701

Pada ketika artikel ini ditulis,saya masih melekat dengan gitar akustik. Mungkin beberapa tahun lagi saya akan mencuba gitar lain pula yang bersesuaian dengan citarasa saya pada masa hadapan.

Sejujurnya, sangat sukar untuk memilih gitar anda kerana terlalu banyak model gitar di luar sana. Tambahan pula, pada masa sekarang syarikat-syarikat pengeluar gitar mula mengkhususkan satu-satu model gitar khas untuk 'beginner'. Tetapi, seiring dengan itu bukan semuanya berkualiti atau bersesuaian dengan anda.



Sebelum membeli gitar pertama anda, pergilah bersembang dengan 'otai' (orang lama) dalam bidang ini untuk mendapatkan nasihat dari mereka. Dengar pendapat dari seorang dua jadilah, agar anda dapat memikirkan apa-apa model gitar sebelum membuka dompet anda.

Disini saya cuba menolong anda dengan menyenaraikan 12 kunci utama dalam memilih gitar pertama anda:

1 – Style
Tanya diri anda stail muzik apakah yang anda suka?

(A) Anda nak main rock, blues rock atau metal? (U2, Metallica, Red Hot Chili Peppers, dll)
(B) Anda nak main muzik untuk menyanyi atau menulis lagu? (Eagles, John Mayer, Jack Johnson, dll)
(C) Anda suka dengan muzik klasik? (Andrés Segovia, John Williams, Julian Bream, dll)

Jika anda pilih (A) maka belilah gitar elektrik.
Jika anda pilih (B) maka belilah gitar akustik.
Jika anda pilih (C) maka belilah gitar klasik.


2 – Umur
Katakan jika anak anda ingin bermain gitar (umur 6-10) Saya cadangkan anda belikan gitar bertali nylon. Semestinya gitar klasik. Tali nylon lebih lembut berbanding tali besi, maka ia lebih sesuai dengan kanak-kanak kecil. Bergantung kepada saiz badan anak anda, anda boleh juga membeli gitar bersaiz 3/4 atau 1/2. Kalau untuk dewasa, beli yang biasa saja lah.

3 – Mula bermain
Sebelum membeli gitar, anda mesti mencuba dahulu bagaimana rasanya memetik gitar. Cuba pinjam gitar dengan rakan-rakan anda terdekat atau boleh juga ke kedai gitar dan beritahu tuan kedai yang anda ingin mencuba gitar. Cuba pelbagai jenis gitar itu dan ini dan lain-lain.Atau mungkin saudara anda mempunyai gitar lama yang tersimpan di dalam stor. Ya! Ambil gitar itu dan baikinya di kedai kemudian mula bermain. Haa... bila anda dah pandai sikit boleh la cari gitar yang lebih sesuai dengan bajet dan gaya anda.

4 – Gitar elektrik
Inginkan bunyi kuat ala-ala metalicca dan macam-macam lagi? Beli gitar elektrik. Dengan gitar elektrik bermacam-macam jenis bunyi boleh dihasilkan dengan setting yang betul.

Jika anda seorang pemula dan inginkan yang murah,saya cadangkan Fender Squier, Gibson Epiphone atau Ibanez Gio. Ketiga-tiga tu memang sesuai untuk pemula. Dan jangan lupa, gitar elektrik kena ada amp untuk berfungsi, jadi dalam bajet anda masukkan sekali harga amp dengan gitar tersebut.

5 – Gitar akustik
Gitar akustik bertali besi, body penuh mampu menghasilkan bunyi yang clean dan natural .Tetapi gitar akustik yang murah, yang common macam gitar kapok tak mungkin dapat menghasilkan bunyi setanding gitar-gitar big label seperti Yamaha, Epiphone, Cort dll. Jadi sentiasa sediakan bajet yang cukup. Kalau nak gitar kapok RM90 je.

Adakah info ini berguna kepada anda? Kalau berguna komen-komen ler kat bawah ye. Selepas artikel ni saya akan post pula artikel 10 Gitar Terbaik Untuk Beginner. OK tak?

Jangan lupa baca artikel Jenis-jenis Gitar untuk mengenali serba sedikit mengenai gitar.

Catat Ulasan