Jenis-jenis Gitar

Apa yang akan aku terangkan mengenai gitar ini ialah berdasarkan apa yang aku tahu sahaja tanpa bersandarkan google ye. Dan apa yang aku tahu disampaikan oleh rakan-rakan yang juga bermain gitar serta kenalan-kenalan di mukabuku.

Gitar ini merupakan satu instrumen muzik yang diklasifikasikan sebagai instrumen bertali. Gitar ada 6-tali pada umumnya. Tapi...satu gitar nama dia bass ada 4/5 tali. Baiklah ini sekadar pengenalan sahaja.

1. Gitar Akustik (Acoustic Guitar)

Guitar akustik merupakan gitar yang tidak memerlukan apa-apa alatan elektronik untuk 'project' bunyi dia. Sebab apa?

Melihat body gitar akustik itu sendiri, besar, ada lubang dan semestinya menggunakan kayu berkualiti semata-mata untuk mengoptimumkan pemantulan bunyi. Jadi umumnya akustik ni tidak perlu kepada speaker.

Aku main kat rumah sampai jiran kiri kanan boleh  dengar. Power tak power sound dia. Lain la kalau busking, dalam situasi 'crowded', maka akustik boleh diamplifi menggunakan 'pickup'.

Genre muzik untuk akustik? Semua pun boleh main dengan gitar akustik.Oh lupa,ada satu lagi akustik iaitu,semi-akustik. Beza dia semi-akustik ada built-in pickup system.

2. Gitar Klasik (Classical Guitar)


Gitar klasik umumnya fokus kepada genre muzik klasik yang aku pun tak tahu. Tapi beza akustik dan klasik yang ketara ialah pada tali dan bentuk body gitar itu sendiri. Tali gitar klasik biasanya nylon.

Gambar ni menyimpulkan beza bentuk klasik dan akustik

3. Gitar Elektrik (Electric Guitar)


 Gitar elektrik ni siapa tak kenal kan? Kerana bunyi gitar elektrik di'project'kan menggunakan 'pickup' pada body gitar, maka body gitar elektrik ni lebih nipis. Maka aku boleh katakan lagi senang nak main elektrik ni, nak pegang tak besar sangat, nak capai fretboard tak susah sangat.

Menariknya gitar ni dia boleh diubah-ubah bunyinya menggunakan amplifier. Sebab tu kalau dengar A7X main bunyi lain, OAG main bunyi lain, Sixth Sense main bunyi lain. Jadi pelbagai variasi boleh dipilih berdasarkan fungsi amp.

Kalau nak beli gitar elektrik kena beli sekali dengan amp dia. Beli gitar saja nak main apa.

4. Gitar Bes (Bass Guitar)

Yang ni paling aku tak kenal. Bass. Tali 4/5. Yang gitar atas-atas tu semua 6 tali ya.

AKU PUNYA GITAR

custom acoustic fg701
Dreadnought body

custom acoustic fg701

custom acoustic fg701
Gitar aku. Custom Acoustic FG701 dan Tali D'addario EJ16

Catat Ulasan