Money and Lies

bohong

Money blinded some peoples while brighten others.
-catatan 13 Februari 2016

Tawar dan Mawar

tak semua taman bermawar
tak semua air tawar

AK KELANA
-coretan 30 Januari 2016
mawar kelana cinta

Tips-tips Sebelum Membeli Gitar Pertama Anda

Memilih gitar bukan sesuatu yang mudah untuk seorang 'beginner' atau pemula dalam bidang ini. Ia mengambil masa berbulan malah bertahun-tahun untuk mencari gitar yang sesuai dengan gaya dan citarasa anda. Selain itu, seiring dengan usia citarasa akan berubah-ubah.

custom acoustic fg701, acoustic guitar
Custom Acoustic FG701

Pada ketika artikel ini ditulis,saya masih melekat dengan gitar akustik. Mungkin beberapa tahun lagi saya akan mencuba gitar lain pula yang bersesuaian dengan citarasa saya pada masa hadapan.

Sejujurnya, sangat sukar untuk memilih gitar anda kerana terlalu banyak model gitar di luar sana. Tambahan pula, pada masa sekarang syarikat-syarikat pengeluar gitar mula mengkhususkan satu-satu model gitar khas untuk 'beginner'. Tetapi, seiring dengan itu bukan semuanya berkualiti atau bersesuaian dengan anda.

Hambar


hambar,puisi hambar

Hambar
lawak itu menggangguku
aku bingkas dalam
langkah malas

di hadapan cermin
refleksi diri terpapar di kaca
aku melihat aku
senyum monyok itik
buat buat muka

Rabak

oh rabak
hatiku
kauracik
satu satu

AK Kelana
-24 Januari 2016

cinta rabak,sajak rabak

Domain [dot] COM RM4 setahun

Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya berbesar hati nak kongsi berita baik ini untuk rakan-rakan blogger yang ingin mendaftar domain [dot] com anda(yang belum ada macam aku ni).

Sekarang ini laman pendaftaran domain dan web hosting no. 1 dunia, GoDaddy MY ada buat promotion daftar domain baru RM4.07 dengan kupon kod GOFHMY06. Aku tak tahu promo ni sampai bila, tapi nak kongsi la dengan rakan-rakan. Mana tau ada yang baik hati nak belanja nehh.

Sepetang di Bukit Kluang

Sepetang di bukit kluang

Oh pepohon rhu
Oh laut nan biru
selamat petang
Oh,
Bukit Kluang kau masih disitu!

Angin meraba-raba
Liar segar
dingin menggoda

Dakaplah aku sang bayu
ah.
kurindukan nyanyianmu pepohon rhu
kuhargai damaimu laut nan biru

AK Kelana
- 11 April 2016
Pantai Bukit Kluang,Besut
puisi sepetang di bukit kluang

Benarlah

benarlah
enggang dan pipit
berselisih paruh
berpasang enggan

AK Kelana
-coretan 25 Januari 2015
sajak,puisi,kelana,kelana cinta,benarlah

Pengenalan kepada Seruling

Seruling ni merupakan salah satu instrumen tiupan.

Cina dizi
India bansuri
Turki ney
Timur tengah kawala
Indon suling
English flute
Nama melayu dia seruling.

Hakikatnya semua adalah seruling, samada 6/8 lubang. Seruling ini ada buluh ada besi. Yang hal flute besi western punya tu aku tak tahu. Kosong. Kalau hal seruling buluh ni boleh share sikit-sikit.


seruling,dizi,bansuri,kawala,ney,buluh,pvc
Ni antara jenis seruling yang aku ada

seruling buluh,gaban merah,seruling
Embouchure(lubang tiupan)
6 lubang,buluh,seruling
Scale

Setiap satu key seruling mewakili 1 scale major pada Circle of Fifth.

Yang paling luar merupakan key major yang corresponding dengan minor
Diagram ni memudahkan kalau nak main lagu apa pakai key apa. Contoh lagu Projector - Sudah Ku Tahu digubah dalam key Am. Jadi nak tiup melodi dia kat seruling pakai key C. Haa...mudah kan guna dia. Tapi kalau ada gitar tak payah rujuk circle ni, kat gitar ada cara dia dan sangat mudah.

Baru pengenalan.

Jenis-jenis Gitar

Apa yang akan aku terangkan mengenai gitar ini ialah berdasarkan apa yang aku tahu sahaja tanpa bersandarkan google ye. Dan apa yang aku tahu disampaikan oleh rakan-rakan yang juga bermain gitar serta kenalan-kenalan di mukabuku.

Gitar ini merupakan satu instrumen muzik yang diklasifikasikan sebagai instrumen bertali. Gitar ada 6-tali pada umumnya. Tapi...satu gitar nama dia bass ada 4/5 tali. Baiklah ini sekadar pengenalan sahaja.

1. Gitar Akustik (Acoustic Guitar)

Guitar akustik merupakan gitar yang tidak memerlukan apa-apa alatan elektronik untuk 'project' bunyi dia. Sebab apa?

Melihat body gitar akustik itu sendiri, besar, ada lubang dan semestinya menggunakan kayu berkualiti semata-mata untuk mengoptimumkan pemantulan bunyi. Jadi umumnya akustik ni tidak perlu kepada speaker.

Aku main kat rumah sampai jiran kiri kanan boleh  dengar. Power tak power sound dia. Lain la kalau busking, dalam situasi 'crowded', maka akustik boleh diamplifi menggunakan 'pickup'.

Genre muzik untuk akustik? Semua pun boleh main dengan gitar akustik.Oh lupa,ada satu lagi akustik iaitu,semi-akustik. Beza dia semi-akustik ada built-in pickup system.

2. Gitar Klasik (Classical Guitar)


Gitar klasik umumnya fokus kepada genre muzik klasik yang aku pun tak tahu. Tapi beza akustik dan klasik yang ketara ialah pada tali dan bentuk body gitar itu sendiri. Tali gitar klasik biasanya nylon.

Gambar ni menyimpulkan beza bentuk klasik dan akustik

3. Gitar Elektrik (Electric Guitar)


 Gitar elektrik ni siapa tak kenal kan? Kerana bunyi gitar elektrik di'project'kan menggunakan 'pickup' pada body gitar, maka body gitar elektrik ni lebih nipis. Maka aku boleh katakan lagi senang nak main elektrik ni, nak pegang tak besar sangat, nak capai fretboard tak susah sangat.

Menariknya gitar ni dia boleh diubah-ubah bunyinya menggunakan amplifier. Sebab tu kalau dengar A7X main bunyi lain, OAG main bunyi lain, Sixth Sense main bunyi lain. Jadi pelbagai variasi boleh dipilih berdasarkan fungsi amp.

Kalau nak beli gitar elektrik kena beli sekali dengan amp dia. Beli gitar saja nak main apa.

4. Gitar Bes (Bass Guitar)

Yang ni paling aku tak kenal. Bass. Tali 4/5. Yang gitar atas-atas tu semua 6 tali ya.

AKU PUNYA GITAR

custom acoustic fg701
Dreadnought body

custom acoustic fg701

custom acoustic fg701
Gitar aku. Custom Acoustic FG701 dan Tali D'addario EJ16

Kukatakan Cinta Adalah


Cinta adalah kasih
cinta adalah sayang
bolehkah kukatakan
cinta puncak kebahagiaan?

Tak hadir cinta tanpa pertemuan
tak wujud cinta tanpa perkenalan
bolehkah kukatakan
cinta tak mengenal pengorbanan?

Cinta pada Tuhan
Cinta pada insan
Cinta pada alam
Cinta pada kedamaian
bolehkah kukatakan
cinta darjat kesetiaan?

Jadi siapa
yang kala ini
menemukan cinta
tanpa dilukakan?

AK Kelana
11 April 2016
-Perbukitan Resah Darul Fiqr
sajak,puisi,kelana,kelana cinta,adalah