Khabar

lebih senang kaucatitkan
pada burung dan buku biru
itu ini dan macam macam

walhal
ada telinga yg ingin mendengar
khabar berita
cerita cerita

usah menganggap basah bibir
decit decit mulut
adalah kerugian

bual bualan
waktu senggang
bakal menjadi nostalgia
rindu rinduan
setelah kedewasaan

kerana hari itu
makin sukar untuk kautemukan
waktu senggang
melepaskan kebuntuan

24 Januari
AK Kelana
-Pinggir Hati Darul Resah
sajak,puisi,kelana,kelana cinta,khabar

Catat Ulasan