Cermin Retak

Oh...
jatuh retak!
cermin itu
kucantum-cantum
masih wajahku
dalam refleksi

...

ya
seribu wajah aku

-AK Kelana

wajah,emosi,sajak,kelana cinta

Seni Itu Aku

Kata bersulam bunga
madah bersulam permata
nada bersulam irama
irama menyambut cinta

Puisi jiwaku
Seruling cintaku

Aku menuliskan hati
aku meniupkan cinta
bunyi-bunyi dan kata-kata indah,
tiada titik noktah

seruling bambu
puisi syahdu
foto kaku di skrin

Seni itu indah
indah itu jiwa
jiwa itu aku

ahhh...
seni itu aku

AK KELANA
27/9/2015
-Pinggir damai hati
seni itu aku

Dapatkan Kupon Beli Belah ZALORA Disini!

Adakah anda pernah membeli di ZALORA.COM.MY ?
Kenapa perlu membeli di ZALORA?



#1 Cara yang mudah untuk melanggan fesyen terkini!

Zalora.com.my ini sangat user-friendly dan eco-friendly. Laman ini sangat mudah difahami walaupun anda merupakan pengguna baru. Pengguna juga mempunyai banyak pilihan untuk pembayaran contohnya Cash On Delivery(COD), Bank Transfer, ATM/DCM dan Credit/Debit. Andainya anda pelajar sekolah sekalipun, boleh membeli di ZALORA menggunakan kaedah Deposit Cash Machine.

#2 Promosi dan diskaun menarik

Selain itu, terdapat juga diskaun dan promosi sekiranya anda pelanggan tetap. Setiap transaksi yang anda lakukan menandakan anda pelanggan setia di ZALORA. Sesuai untuk sesiapa yang sukakan fesyen terkini kerana fesyen pakain terbaru akan sentiasa dikirimkan ke dalam MAILBOX anda sekiranya anda melanggan Newsletter.

#3 Kualiti produk dan perkhidmatan terbaik

Produk dijual adalah sangat berkualiti. Mana tidaknya, produk tersebut terus sampai dari vendor produk tersebut bermakna ianya asli dan tidak diciplak. Masalah saiz produk dapat diselesaikan melalui fungsi SIZE DETAIL dalam laman berkenaan. Sebarang kerosakan berlaku kepada produk boleh ditukarbalik tanpa sebarang caj dikenakan.

#4 Macam-macam ada

Wow! Zalora ni laman fesyen pemakaian no.1 di Malaysia. Zalora menyediakan pelbagai bentuk fesyen peragaan terkini. Dari umur remaja sehinggalah peringkat usia 30-an, terdapat pelbagai jenis produk yang menarik dan berpatutan ditampilkan. Perkhidmatannya sangat dipercayai.

#5 Mudah!

Zalora menghantar produk dalam 2-3 hari setelah bayaran dibuat. Pembeli boleh memilih bagaimana produk mereka dihantar. Poslaju,GDex dan pelbagai lagi perkhidmatan pos disediakan mengikut kadar tertentu.

Ingin tahu lebih lanjut layari laman INI
Jadi, tunggu apa lagi?
Jadi pembeli di ZALORA dan gunakan kupon ini ZBAPT8M untuk dapatkan potongan 15%. Sah untuk pelanggan baru sahaja.

Tutorial Menggunakan Kupon ZALORA (ZBAPT8M)

#1 Pilih Produk

#2 Tekan here


#3 Masukkan kupon ZBAPT8M

#4 Tekan Apply

#5 Tekan Secure Checkout


15% harga produk akan dipotong, dan jumlah terakhir akan keluar.
Selepas itu anda boleh melakukan pembayaran mengikut mana-mana cara yang anda senangi.

*kupon sah untuk pembelian pertama pelanggan baru sahaja

Dalam Mimpi Empuk

Kita
dibalik jeriji besi

Kita
terkurung di penjara janji

Dapatkah angan
yg dilakar
direaliti-nyatakan dgn
hanya janji

Kata-kata manis nyaman
mimpi-mimpi empuk kita
mengeras

Dan kita terus
menapak lagi
dalam penjara itu

Dalam
mimpi-mimpi empuk kita
terus memejam mata

Oh...bodohlah
kita ini

AK Kelana
9 Ogos 2015
sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Aku Kembali Kepada Aku

Realiti hanya
sepotong mimpi
tanpa usaha usaha
untuk mengecapi

Impian itu mimpi
mimpi itu aku isi
dengan sarwa usaha
agar tidak kecewa
kuikat kemas
agar tidak tewas

Aku kembali kepada aku
angan berdiri dalam harapan
dan aku menjemputnya
sebagai impian

Dibalik kabus
kulihat ancala impian
mempamerkan susuknya
sebagai kejayaan

Seberapa ingat
falsafah ini kugenggam kejap
- 'usaha tangga kejayaan'

aku kembali kepada aku

-AK Kelana
1 Julai 2015

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Selesai


Hari ini sempurna sudah amanahmu
Hari ini selesai sudah tugasmu - yang berat di bahu

Dalam tegas bicaramu
ada lucu ada tawa
yang menghiburkan
dalam marahmu
pasti ada nasihat mesra
yang boleh kami hadam

Meski selangkah engkau memaju diri
dimemori masih
bicara dan katamu berdiri tegak
dihati masih
kau seorang guru yang hebat

Usah menyimpan bimbang
seiring sepeninggalan
taman sekebun bunga yang kau sirami-bajai
dirumah ilmu ini
tidak akan susut mekarnya
subur berzaman kekal sejahtera

Walau bintang tak lagi bersinar
walau musim terus bertukar
terima kasih sekalung budi
jasamu selamanya dihargai

-AK Kelana
28 Jun 2015

Alhamdulillah selesai.

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Serasa Hati

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Cinta
serasa hati
melangit tinggi
diangkasa perasaan
bak gugusan bintang
bergemerlapan
seakan rimbunan restu
luruh ditangan
seakan haruman kenanga
mewangi digenggaman
demikian cerita waktu
takdir memahat restu
kusarungkan mahkotamu
cinta
kerana kita
serasa hati.

September 2014

Bahagialah

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Mengapa waktu
tak membeku
kerana aku dambakan
abadi
dalam kasih suci
selesa di cuaca rindu
dibawah langit cinta
yang berangin
dingin
mendakap diri
walau hanya sehari

Kerana waktu
deras mengalir laju
menggunung tinggi harapan
kubina
berdekad masa dan
usia
kaurobohkan dengan beberapa
patah kata
dalam beberapa saat saja

hati membeku
bahagialah cinta!
kerana aku…
hampa

Disember 2014

Tangan yang Ramah

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Sukarkah saudara
untuk menghulurkan
keramahan sepasang tangan
meringankan beban
jiwa bernama insan

yang
sarat dengan resah
hampa merasuk
saat selesai sebuah musibah
oleh air bah yang merah
mengairi Kota Bharu
seperti sebuah pulau
berlaut dalam
rakus
memamah nyawa insan
di rahang arus derasnya
tiada yang tinggal

hanya pengharapan
warga insan
yang tinggal secoret
dalam tak lena menggigil
berselimut secarik batik
makan tak berlauk
sekadar beralas perut

sukarkah saudara
untuk menghulur walau
karangan doa
sebuah senyum mesra
dan manis kata-kata
agar tenang dan reda
gerimis tengkujuh
dalam jiwa peneguknya
kerana kita tidak merasa

cukuplah itu semua
cukuplah kita
sebagai warga yang amanah

-Terima kasih kalian
wahai tangan yang ramah

Disember 2014

Benci dan Kasih

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Benci itu api
Kasih itu budi

Biarlah jatuh hati
kerana budi

Janganlah luka hati
kerana api

Hadir cinta kerana kasih
bersih lagi suci

Hati luka kerana benci
amat sukar diubati

Tetapi kalian juga perlu hati hati
kadang cinta juga boleh jadi benci

25 Februari 2015

Jurutera Waktu

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Lahir anak kerana ibu
Mahir jurutera kerana guru

Siapalah ibu yang bertuah
melahirkan anak hari ini
untuk menjadikannya jurutera
pada esok hari

Siapalah guru yang bertuah
mengajarkan angka dan rumi
untuk pelajarnya kenalkan dunia
menjadi pelajar bestari

Sesiapapun yang bergelar ibu
dan juga guru
dialah jurutera waktu
yang mengubah landskap hidup

AK Kelana
Februari 2015

Harapan


Seorang anak kecil
di balik tembok
dia mengunyah hari-hari mendatang
tanpa berpalis pada semalam
bagai kagum
dengan dunia
selangkah dihadapan

Anak kecil itu ingin
gapaikan bintang digenggaman
rembulan dalam dakapan
selamkan kenangan dikepulan awan
sejarah dibutiran hujan

Impiannya
bukan hanya aksara
terpalit di nota
atau sekadar
gambaran sebuah cita-cita
namun harapan
sebagai pelita
menyuluh hari esok
yang lebih sejahtera

Disember 2014

Pesan Alam

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Dulu
aku selalu merindukan
tarian angin dingin memesra
menyapa ke wajah beku
oleh suasana yang mendamaikan
tatkala fajar pagi
menghulurkan cahaya
yang ramah.
Aku teruja melihatmu
masih lena
diselimuti kabus tebal-putih
berdengkur dalam dakapan alam
seakan anak kecil
ia senyap
membiarkan tangan-tangan
menabur budi.
Ia tahu,
di wajahnya ada petani tua
membanting tulang
empat kerat tenaga
penuh berharap
menyara keluarga
disisi lain
ada usahawan jaya
yang tamakkan wang
hingga lupakan alam
dan peringatan Tuhan.
Alam
tidak mampu bangkit
untuk berpesan
tapi Tuhan
mengirimkan musibah
sebagai sebab amarah.
AK Kelana
Putera Jaya,Setiu

Jangan Merajuk Sayang

sajak,puisi,kelana,kelana cinta

Jangan merajuk sayang
dengan mendung awan gemawan
dengan hujan petang

Jangan merajuk sayang
gumpalkan resah terpendam
lontarkan resah menghilang

Jangan merajuk sayang
ayuh kubawa kau ke taman
ayuh kita lukiskan pelangi di awan

Kita bina menara impian
berupa kayangan
di angkasa sayang
langit cinta yang tenang

AK Kelana
1 Mac 2015