Malaysiaku Hari Ini



(Sempena 16 September 1963)

Malaysiaku hari ini sudah mampu tersenyum bangga

berpijak diatas tanah sejahtera
yang dulu peritnya menancap ke dada
membedil ke jiwa anak bangsa
namun berkat akal bijaksana
kita bancuhkan madu dari cuka.

Telah separuh abad

kita hirup nafas merdeka 
dan minum dari sungai 
yang dulu hanyir dengan
darah pejuang sakti negara
yang tak kenal akan lelah lalu
kita bangkit dengan restu seluruh warga
bersatu dibawah payung perpaduan
destinasi merdeka terlaksana.

Di rumah yang selesa ini

anak bangsa diajar kira,tulis dan baca
kita sudah mampu menyentuh awan
malah sudah sampai ke bulan

Benar hari ini kita telah berada seiring

kehadapan kenderaan kemajuan
tapi kadang kita harus waspada
dan jaga-jaga
kerana singa tidak akan pernah kenal
kawan atau tuan.


AK Kelana

Setiu

Catat Ulasan