Satu Paksi

satu paksi,sajak,cinta,kelana cinta
Sendu sayu puteri berpuisi
merdu syahdu seni deklamasi
menyeru rindu sakti merpati
memandu tandu mimpi abadi
lalu maju ke sigai hakiki
seribu seteru duri meninggi
jemu lesu hakikat insani
teguh kaku paksi rumi
tentu tuju aspirasi suci
memburu restu inspirasi murni
satu paksi.

29 Mac 2014
Putera Jaya,Permaisuri
Kelana

Catat Ulasan