Sembunyikan Kasih


Kerana suatu janji
aku mencintai
Dan kerana janji itu jua
setia mewangi.

Hulurkan tulus kasihmu
usah biarkan aku lemas di lautan rindu
Dan jangan pernah lepaskan
kerana aku akan mengikat hatimu sekuatnya.

Biar cinta di antara kita
tidak hadir sekelip mata
tidak berakhir dengan sebuah kecewa
ia kan kekal ke penghujung nyawa.

Kerana demikian bukti
Simpankan cinta diam menyepi
Kelak bila tiba masa buka kembali
Angin, bawa aku terbang jauh dari kerinduan ini.

Catat Ulasan