Sekilas Wajahmu


Betapa segenap sukma tertusuk
Kunamakan ini rindu
Dalam madah kata insan
Sungguh...Rindu keterlaluan

Indahnya rasa ini
Jiwa dan hati khusyuk berbahasa
Masing2 runduk menikmati
Biarpun disisi makna kejauhan

Alangkah...
Alangkah berombak laut perasaan
menghempas pantai hati
Alangkah...
Sekali berpaling
terpandang namamu...

Rindu..Kian rindu

Aduhai adinda
Bicarakan cintaku seenaknya
Bahana sekilas wajahmu
rindu kunjung bertalu...

Salam Aidilfitri


Ini kemuncaknya
Roh2 barakah pulang ke sangkar-Nya
Pulang bersama Ramadhan yang lama bertandang
Mengirim Syawal destinasi rahmat didamba
Ramadhan, rindumu kuusung ke dalam hati
Tika kau bertandang pergi.

Kupohon ampun dan maaf
Kali ini di waktu ini
Pada kalian yang tertera
Kala masa dan waktu masih sudi membicara
Kala penamat sebuah pengakhiran.

Salam aidilfitri kalian semua.

Salam Dari Jauh


Memandang kejauhan
jauh itu kosong
Melihat kedekatan
dekat itu sepi
Kosong dan sepi disebatikan
Pada erti kejauhan dan kedekatan.

Kian lembayung rinduku
walau jernihnya masih merah
Tergugatkah pegangan dihujung mega hakiki
atau kering kerana bicara bisu?
Tak langsung tersangkakan.

Jauh memutik bunga rindu
Cinta menitip setia
Dekat menjauh titis syahdu
Kasih seteguh ancala.

Aduhai rindu...
Dari jauh kutitipkan salam
Menyapa khabar insan diufuk kejauhan.

Sembunyikan Kasih


Kerana suatu janji
aku mencintai
Dan kerana janji itu jua
setia mewangi.

Hulurkan tulus kasihmu
usah biarkan aku lemas di lautan rindu
Dan jangan pernah lepaskan
kerana aku akan mengikat hatimu sekuatnya.

Biar cinta di antara kita
tidak hadir sekelip mata
tidak berakhir dengan sebuah kecewa
ia kan kekal ke penghujung nyawa.

Kerana demikian bukti
Simpankan cinta diam menyepi
Kelak bila tiba masa buka kembali
Angin, bawa aku terbang jauh dari kerinduan ini.