Riwayat Insan Fakir


Tersimbah dakwat takdir
Riwayatku seorang insan fakir
Mendampar tubuh dipesisir sunyi
Bungkam akal dan fikir.

Kata-kata manis nan indah
Tak petah kubicarakan
Betapapun dipaksa walau sepatah
Tak mudah terucapkan.

Aku bukan pujangga nista
yang bermadah akan bisik-bisik hati semata
Aku bukan pendebat pincang
yang lancang berhujah akan kata-kata bukan hakikat
Tiadalah aku ini selain aku
yang akur menyonsong pidana dunia.

Kubancuh rencah nikmat kurnia Tuhan
Melukis lorong-lorong suci dihamparan kehidupan
Tabah walau calar tertumpah
Syukur pabila nikmat-Nya mencurah.

Riwayat insan fakir
pahit getir tiada akhir.

Catat Ulasan