Langit, Mana Awan?


Di akhir hayat cinta yang masih bersisa
Tak mungkin aku mampu membina teduhan seindahmu
Taman segala bunga mekar walau tak sampai pada musim
Bagai selaut warna pelangi berbaur haruman asmara.

Sehari-hari sesal tak berhabisan meragut putik usia
Cuba mencalit lukisan semalam dengan dakwat resah
Jika esok ceria takkan terbit lagi bagaimana?
Andai hari ini untuk aku lalu ada siapa?

Biarkan jiwa runduk membilang debu kecewa
Biarkan bahang siang terus memamah rasa
Biarlah aku terbaring disini tanpa teduhan cinta
Sirna hapus segenap jaga,bawa aku ke alam lena.

"Langit, mana awan?"

Catat Ulasan