Puisi Buat Aku



Tolehlah ke belakang
Renung dengan akalmu yang panjang
Adakah hadirmu benar diundang?

Aku,
kurnia Ilahi memberi seribu erti
Buat bonda dan keluarga
Memikul janji.

Aku,
dari sebesar tiga jari
Hingga engkau di puncak tinggi
Terbalaskah budi?
Jika kejayaan ini
hanya untuk dirimu sendiri?

Aku,
sampai sudah waktunya
Engkau perlu bersemuka
Dengan kewajipanmu
Kepada bonda dan keluarga.

Aku,
Apakah nasib?
Apakah khabar?
Bonda di pinggir sana?

Aku!
Tolehlah ke belakang
Masih ada hutang
Yang wajib engkau tebus
Sebelum bonda
'dijemput pulang'

Catat Ulasan