Hijab


Kulihat indah,
Wadah mengutip barakah,
Sehelai tudung labuh memagar mata,
Dari fitnah yang fitrah,
Dari gelodak nafsu serakah,
Nyat hijabmu suatu anugerah,
Perjuangan dalam menguji ruhiyah.

Hijabmu,
Menutup seribu kecantikan,
Menyerlah sejuta keayuan,
Pesona pada mata yang luhur,
Hina pada insan yang bingung.

Namun kerana iman dan taqwa,
Kau tetap teguh dengan segala swadaya,
Menyusun hujah di lisan demi syariat-Nya,
Biar bergugusan cemuhan menimpa wajah,
Biar pipimu ditampar tohmahan pedas,
Teguh prinsipmu didada;
"Simpankan buat yang halal sahaja,
kelak ternoda, tiada guna."

Hai Hawa,
Kau mulia,
Andai auratmu kaujaga,
Hingga akhirulkalam,
Hatimu sesuci nirmala,
Jiwamu selembut sutera,
Imanmu seteguh ancala,
Taqwamu semegah bahtera,
Dengan berkat rahmat Yang Maha Esa.

Catat Ulasan