Perpisahan


Perpisahan
Kau wujud tidak diundang
Walaupun dirimu tidak berbayang
Kudratmu buat aku tumbang
Walaupun dirimu tidak bertulang
Hadirmu tetap memecah kegembiraan
Gelak tawa menjadi hiba
Airmata pengganti senyuman

Perpisahan
Janganlah kau menyapa aku lagi
Tidak mampu aku menanggung
Walau hancur luluh hati ini
Terpaksa jua aku merempuh.

Kau
Menyusul selepas pertemuan
Tiada belas kasihan
Tidak mengenal erti perhubungan
Pemutus tali persahabatan
Tak dapat dihapuskan
Namun "parutnya kan tetap kekal diingatan"

kiriman:Syamir Sahlan Sulaiman

Catat Ulasan