Apa Sebenarnya Jodoh?



Apabila anda bertemu pasangan anda, kemudian anda berkata pada diri sendiri yang dialah satu-satunya pasangan yang anda ingin sehidup semati, kemudian setelah sekian lama bercinta, orang mulai tertanya-tanya,

"Bila nak kahwin?...dah buat ke persiapan?...famili dah setuju ke semuanya?"

Apakah jawapan anda? Dengan tersengih-sengih dan malu-malu kucing, hati berdebar-debar anda mulai menjawab, "Kalau ada jodoh, adalah..."

Jelas sekali di sini, maksud kepada jodoh anda ialah, jika perhubungan anda berkekalan, jika ada rezeki, jika tiada aral melintang MAKA kahwin lah anda...betul? Maknanya, di sebalik usaha anda itu, anda berserah kepada yang Esa, sekiranya Tuhan membawa jodoh itu kepada anda, maka kahwin lah anda, KAN??...hehehe...jawab aje lah YA! hehehe...betul lah tu jawapan anda tu....

Cuma, pendapat bro, MAKSUD JODOH yang sebenarnya ialah bukan sehingga kita berkahwin, maka dia lah jodoh kita...Tidak. Walaupun anda sudah berkahwin, itu tidak bermakna anda sudah bertemu dengan jodoh anda. KERANA, anda boleh terpisah, anda boleh bercerai, bila-bila masa!

USAHA DAN TERUS BERUSAHA! Itulah Jodoh!"


Ramai di antara kita, apabila sudah berkahwin, that's it! Itulah jodoh kita. Dah tak nak berusaha untuk kebahagiaan, untuk ceria, gembira, hangat, perhubungan yang exciting sampai bila-bila. Usaha kenalah berterusan, jangan sampai leka. Kerana, apabila anda mulai leka, kecurangan pasti akan berlaku!

Seperti dalam sebuah perniagaan, apabila produk anda ada elemen exciting, interesting, hebat dan hangat, bertahun-tahun lama makin memberangsangkan barulah LAKU! Tapi kalau produk anda malap, hambar, di takuk lama, membosankan, sapa nak membeli!, Bangkrupt lah!...

Inikan pula sebuah perkahwinan...untuk jodoh yang berpanjangan, anda kena berusaha untuk menjadikan ia hebat dan hangat, bertahun-tahun lama makin memberangsangkan...itulah maksud jodoh sebenarnya.

 Jodoh itu rahsia Ilahi ..
DIA Maha mengetahui segalanya ..
DIA akan memberi bila waktunya telah tiba nanti ..

P/S:Usah risau andai anda belum lagi mempunyai pakwe @ makwe. Foreveralone lagi best...

Catat Ulasan