10 Tanda Wanita Itu Suka Kepada Anda

Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara perkara melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang mula dahulu. Gentleman katanya.

Lelaki pula , kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya , kedua duanya tidak ke mana . Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan . Bagi lelaki yang takut untuk meluahkan perasaan kepada wanita ,anda boleh mengenali wanita tersebut jika mereka juga sebenarnya suka kepada anda. Dan jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius. Baca artikel dibawah untuk mengetahui petanda bahawa wanita tersebut juga menaruh harapan dan hati kepada anda.

  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
sumber

2 comments

antara tanda2 yg nyata aku pernah terima sebelum perempuan tersebut buat pengakuan:
-dia belikan sesuatu,tak kiralah apa even coki2 sekalipun
-dia mekap lain sikit bila ada peluang jumpa kat mana2
-dia masakkan makann pastu bagi cakapnada masak lebih
-dia sms tanya entah apa2
-kalau tak reply sms dia tanya 'sibuk ke'
-matanya bersinar
-duduk tegak jaga postur dan imej
-bila nak blah dia rasa payah je nak blah

Reply

Wah beruntunglah. Aku takde terima lagi tanda-tanda ni.

Reply

Catat Ulasan