Kitab Injil Berusia 1,500 tahun Ditemui!


ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Apa Itu Islam?-"Islam Itu Indah..."



Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam.


Sebenarnya ! Tiada sebarang ajaran khas di dalam Islam . Islam bukanlah sebuah agama atau falsafah ; Islam hanyalah sebuah cara dan kaedah hidup yang mudah , selamat dan sempurna. Jika kita ingin terangkan Islam dalam sebaris perkataan ia boleh dikatakan sebegini , “Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih , mudah , suci dan selamat bagi setiap orang manusia”.


Sesuatu yang paling ramai takut dengan Islam ialah hukumannya . Hukuman Islam sangat-sangat berat tetapi tujuan hukuman tersebut ialah untuk mengelakkan kesalahan berlaku dan menghalang jenayah dan bukan untuk menyeksa manusia. Tujuan utama undang-undang Islam ialah untuk menjaga hak anda , menjaga  keluarga anda ,  untuk menyelamatkan harta anda , untuk menyelamatkan diri anda  , melindungi kaum wanita dari menjadi mangsa rogol , untuk menyelamatkan manusia yang lemah , dan  tiada tujuan  lain.


Motif utama semua agama di dunia ini ialah untuk menyelamatkan semua manusia dari dunia ini dan membawanya ke dunia berikut dengan selamat. Semua agama di dunia ini memberikan peringatan , amaran dan mengajar manusia tentang dunia ini dan asal manusia supaya dia menyedari tentang dirinya dan buat persediaan untuk meninggalkan dunia ini dan maju ke dunia berikutnya.



Islam hanya mengajar manusia tentang dunia berikut sahaja , Islam tidak mengajar manusia tentang rahsia dunia ini kehidupan ini kerana seorang pesakit hanya perlu mengetahui sedikit tentang penyakitnya dan rawatan yang diberikan. Dia tidak perlu mengetahui secara mendalam dan secara saintifik tentang asal usul penyakit dan rawatan tersebut. Kalau pun diterangkan , sudah pasti tidak akan faham. Hanya doktor yang perlu mengetahui segala-galanya tentang penyakit dan perubatan bukan pesakit. Kalau pesakit tahu cara mencegah penyakit sudah memandai.


Allah Maha mengetahui , Dia kenal segala jenis penyakit dan kelemahan manusia , Dia terus memberikan ubat dan mengajar cara-cara mencegah penyakit . Seorang yang membeli atau membawa kereta tidak perlu belajar cara membina enjin , gear box dan sebagainya. Dia hanya perlu belajar cara memandu dan menjaga kereta tersebut sahaja. Pembinaan kereta , membaiki kereta dan sebagainya akan diuruskan oleh seseorang khas yang ada kebolehan untuknya.


Katakanlah:”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri”. (Aali Imraan: 84)

sumber : Rahsiaalam.com

Gerai Mamak Dah Lama Berkubur-Kita Tertipu

#Aku dapat info ni dari mamak sendiri. Sebenarnya kedai makan mamak dah lama berkubur. Susah nak cari kedai yg betul betul dipunyai oleh india muslim atau mamak. Rata rata kedai makan yg kononya mamak punya sebenarnya india piau yg punya.. Kita tertipu.. Hati hati dengan kedai yg hujung nama ada tulis MAJU...



Kalau nak test senang jer..cuba panggil waiter kedai tu..kita order macam macam, ckp melayu mcm kita ckp dengan melayu lain, jgn ikut slang dia. Try lah..kompom jap lagi taukeh dia datang tanya kita balik.

Aku dah try dah.. Memang ke laut dia tak paham..sebab waiter tu adalah india piau dari sana..bukan malaysian..

India malaysian tak dapat kerja di kedai makan kat malaysia...ini fakta..!!

Test yg kedua..masa waiter tu datang kat kita..cuba tgk tangan dia..ada gelang tali warna merah atau hitam..kalau ada kompom india piau..

Test yg ketiga...mana mana kedai 'mamak' amat susah nak jumpa kari lembu.
Semua kari kambing..kenapa?? Sebab lembu tuhan mereka..tak kan lah dia nak gulai tuhan dia..

So..hati hatilah geng..kata kawan tu lagi..kedai yg betul betul mamak paling akhir mereka beroperasi ialah tahun 90 an dulu... Masuk tahun 1997..india piau ambil alih..

Hati hati geng..kita sebenarnya dah lama makan hasil tangan kaum india..
Kita dah lama kena tipu..

Akhir sekali..korang perasan tak..?? Kedai 'mamak' dipenuhi pengunjung melayu..
Penuh orang melayu..tengok bola sampai ke pagi..bersembang pung pang pung pang..

Pernah nampak budak india hisap syisya kat kedai 'mamak' sampai ke pagi..??

Sedih tengok budak melayu sekarang..
Makin terleka dengan keseronokkan ciptaan bangsa asing..
Apa saja keseronokkan yg dicipta oleh bangsa asing, orang melayu lah yang memajukannya..yang menghidupkannya..yang berbangga akan ciptaan itu..

sumber: forum cari gold

Kesalahan Kegemaran Novelis/Penulis


SALAH
perkarangan
makcik/pakcik
makcik Ramah
memperolehi
berbagai
kadang kala
haribulan
tengahari
Orang Asli , orang asli semai
orang melayu, cina dan india
muslim
islam
satu persatu
oleh kerana
karenah
lagenda
hello

BETUL
pekarangan
mak cik / pak cik
Mak Cik Ramah
memperoleh
pelbagai /berbagai-bagai
kadangkala
hari bulan
tengah hari
orang asli, Orang Asli Semai
orang Melayu, Cina dan India
Muslim
Islam
satu per satu
oleh sebab
kerenah
legenda
helo

Teknologi Awet Muda Islam:Halal dan Berkesan




Ada sesiapa yang nak awet muda?Siapa yang tak nak kan?Disini aku sediakan satu tip awet muda yang paling mudah dan berlandaskan Islam

Mungkin dari aspek kesihatan aku kurang tahu, tapi yang aku tahu bahawa ketika seseorang tersenyum, dia hanya menggunakan 17 otot muka. Berbanding dengan seseorang bermuka monyok, dia menggunakan 43 otot muka.

Jelas disini SENYUM akan lebih mengurangkan penggunaan otot berbanding monyok. Disamping itu, dengan SENYUM otot muka kita akan tetap terjaga ketegangannya.Namun dengan muka masam macam bacang otot muka kita akan lebih kendur.

Selain itu SENYUM juga memberikan efek ketenangan pada hati. Menjadikan kita semangat dan selalu berpikiran positif. Ditambah lagi ketika kita tersenyum kepada orang lain, tanpa disedari ketika itu kita sedang berkongsi kebahagiaan kita dengan orang tersebut.

Dalam Islam, SENYUM  dianggap sedekah. berikut sabda Rasulullah SAW:

تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Mafhumnya : "Senyummu untuk saudaramu adalah (pahala) sedekah bagimu." (HR Tirmidzi)

Dengan melihat banyaknya manfaat tersenyum. mari kita praktikkan tersenyum kepada orang lain. Tapi ingat ! bukan kepada sembarangan orang. Tapi kepada orang-orang yang halal bagi kita. Seperti senyum suami kepada isterinya atau sebaliknya. Anak kepada orang tuanya. Atau senyuman seseorang kepada sahabatnya.Bukan senyum Colgate menggoda...Ikhlas~



SENYUM selain mampu membuat kita awet muda, juga menjadi catatan amal soleh kita di akhirat.Jom SENYUM!



sumber:aku taip sendiri 

Apa Sebenarnya Jodoh?



Apabila anda bertemu pasangan anda, kemudian anda berkata pada diri sendiri yang dialah satu-satunya pasangan yang anda ingin sehidup semati, kemudian setelah sekian lama bercinta, orang mulai tertanya-tanya,

"Bila nak kahwin?...dah buat ke persiapan?...famili dah setuju ke semuanya?"

Apakah jawapan anda? Dengan tersengih-sengih dan malu-malu kucing, hati berdebar-debar anda mulai menjawab, "Kalau ada jodoh, adalah..."

Jelas sekali di sini, maksud kepada jodoh anda ialah, jika perhubungan anda berkekalan, jika ada rezeki, jika tiada aral melintang MAKA kahwin lah anda...betul? Maknanya, di sebalik usaha anda itu, anda berserah kepada yang Esa, sekiranya Tuhan membawa jodoh itu kepada anda, maka kahwin lah anda, KAN??...hehehe...jawab aje lah YA! hehehe...betul lah tu jawapan anda tu....

Cuma, pendapat bro, MAKSUD JODOH yang sebenarnya ialah bukan sehingga kita berkahwin, maka dia lah jodoh kita...Tidak. Walaupun anda sudah berkahwin, itu tidak bermakna anda sudah bertemu dengan jodoh anda. KERANA, anda boleh terpisah, anda boleh bercerai, bila-bila masa!

USAHA DAN TERUS BERUSAHA! Itulah Jodoh!"


Ramai di antara kita, apabila sudah berkahwin, that's it! Itulah jodoh kita. Dah tak nak berusaha untuk kebahagiaan, untuk ceria, gembira, hangat, perhubungan yang exciting sampai bila-bila. Usaha kenalah berterusan, jangan sampai leka. Kerana, apabila anda mulai leka, kecurangan pasti akan berlaku!

Seperti dalam sebuah perniagaan, apabila produk anda ada elemen exciting, interesting, hebat dan hangat, bertahun-tahun lama makin memberangsangkan barulah LAKU! Tapi kalau produk anda malap, hambar, di takuk lama, membosankan, sapa nak membeli!, Bangkrupt lah!...

Inikan pula sebuah perkahwinan...untuk jodoh yang berpanjangan, anda kena berusaha untuk menjadikan ia hebat dan hangat, bertahun-tahun lama makin memberangsangkan...itulah maksud jodoh sebenarnya.

 Jodoh itu rahsia Ilahi ..
DIA Maha mengetahui segalanya ..
DIA akan memberi bila waktunya telah tiba nanti ..

P/S:Usah risau andai anda belum lagi mempunyai pakwe @ makwe. Foreveralone lagi best...

Tanda-Tanda Kematian Seorang Muslim

Allah telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan1 hari menjelang kematian.


Tanda 100 hari menjelang ajal :Selepas waktu Asar (Di waktu Asar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya, Bagi yang menyedarinya akan terasa indah dihati,
namun yang tidak menyedari, tidak ada pengaruh apa-apa.

Tanda 40 hari menjelang kematian :
Selepas Asar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 hari menjlang ajal :
Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu.

Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Tanda 1 hari sebelum kematian :
Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempet menemui Ashar besok harinya.
Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk dibagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam kondisi ini
hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat.

Sahabatku yang budiman, subhanAllah, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, meng-kafani dirinya, kecuali
bagian wajah yang belum ditutup. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya.
SubhanAllah. Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita me menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian kapanpun dan di manapun kita berada....Aamiin.....

P/S:Mati itu pasti

10 Tanda Wanita Itu Suka Kepada Anda

Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara perkara melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang mula dahulu. Gentleman katanya.

Lelaki pula , kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya , kedua duanya tidak ke mana . Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan . Bagi lelaki yang takut untuk meluahkan perasaan kepada wanita ,anda boleh mengenali wanita tersebut jika mereka juga sebenarnya suka kepada anda. Dan jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius. Baca artikel dibawah untuk mengetahui petanda bahawa wanita tersebut juga menaruh harapan dan hati kepada anda.

  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
sumber

10 Perangai Perempuan Yang Kejam



Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar PEREMPUAN. Fakta oleh Fox News.

1. Mengurat
Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam apabila dia tahu anda cinta dan sayangkan anda tapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang tidak pernah anda sendiri rasakan.

2. Kawan Vs Awek
Si dia tahu anda akan keluar untuk tengok bola final ‘Liga Juara-Juara’ dengan kawan-kawan, tetapi dia dengan ‘slumber dog’ telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tak datang, putus hubungan. Lepas tu kalau nak join tengok bola tak apalah jugak. Ini cuma hanya sebab nak katakan dia cinta anda dan rindukan anda…

3. Merajuk
Anda sebagai lelaki pastinya bangang memikirkan dan serabut kepala anda apabila si dia merajuk.Tahu-tahu saja kalau seorang perempuan merajuk.Mahu hancur satu dunia,biar semua orang tahu dia merajuk.Inginkan perhatian la konon...Puii

4. Available
Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tetapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkan bermain cinta dengan lelaki lain dan bagi dia, ianya satu kepuasan!

5. Kritik
Perempuan tahu malu kalau kena kritik di khalayak umum tapi perempuan tak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan dia telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tak berhari perut sehingga menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.

6. Fizikal
Kadangkala susah jugak kalau perempuan ni terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tetapi apabila lelaki mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.“Lelaki tak elok pukui pompuan taw…Dayus…”

7. Ratu Putar Emosi
Menangis…Menangis…Menangis…. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tetapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula gelabah dan cari jalan untuk buat perempuan berhenti menangis. Kalau kena yang jenis kuat menangis lepas tu manja, sengsara.

8. Parasit
Perempuan jenis parasite ini adalah seseorang yang merasakan diriya tidak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, dia akan terus menghisap segala-galanya daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada dan mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata-katanya adalah murahan semata-mata.

9. Kedai percuma(p/s : bukan kedai backlink)
Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan tahap ‘HOT’ baik punye kerana apabila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabila keluar, dia akan mula menunjukkan perangai manje al-gediks semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma…

10. Nombor TelefonKatakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia.

Apalah Daya Hati



Faris Haikal duduk termenung sendirian. Masih segar ilmu yang ada di dalam kotak ingatannya. Matanya memandang sebaris buku-bukunya yang tersusun rapi di atas rak. Sungguh banyak buku-buku tokoh dan pahlawan Islam yang termasyhur. Tiada mereka, tidak majulah Islam seperti sekarang. Tanpa mereka dan semangat yang ditonjolkan dalam diri Rasulullah saw, tidaklah Islam akan tersebar sebegini rupa.

'Subhanallah.... Aku dapat rasakan merekalah nadi-nadi Islam yang sebenar.... 'Faris Haikal bermonolog sendirian.

Fikirannya kembali teringat perihal petang semalam. Calon isteri hendaklah dipilih dan dipandang dari segenap penjuru. Rupa paras itu adalah pilihan yang terakhir. Apa yang penting, ilmunya, kebijaksanaannya, kekuatannya dalam memegang syari'at Islam itu yang penting. Adakah ciri-ciri itu sudah cukup sempurna?

Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya:"Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat."

Baginya sangat susah untuk mencari wanita yang betul-betul beragama. Agama dalam konteks yang disebut oleh baginda saw itu, bukanlah hanya agama pada nama sahaja. Tetapi, agama itu meluas. Ia bermaksud berpegang teguh pada ajaran dan syari'at Islam. Dari segi fikrahnya, dari segi dia berpakaian, penutupan aurat yang sempurna, pergaulannya, ilmunya, amalnya dengan ilmu tersebut dan lain-lain lagi.

Beramal dengan ilmu juga perlu kerana ilmu tanpa amal itu ibarat pokok yang tidak berbuah . Imam al-Ghazali juga pernah berkata, "Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu pula sia-sia"

Faris Haikal mengelamun jauh. Hatinya sekarang ibarat kosong dan rasa tidak ingin bernikah selepas Delisha Iman bertunang. Tapi, apakan daya... Nikah itu merupakan sunnah terbesar baginda saw. Rasulullah pernah bersabda, "Barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku.."

Allah juga telah berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud;
"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."

'Allahu Robbi... Berilah aku kekuatan untuk mencintai bakal isteriku...' Faris Haikal bermonolog lagi.

Teringat ketika masih berkawan dengan Delisha Iman sewaktu di sekolah MTI dahulu. Delisha Iman seorang perempuan yang rajin membaca. Di mana sahaja dia berjalan, pasti buku ada di tangannya. Buku-buku yang dibaca itu pula merupakan buku ilmiah yang sangat bermutiara isi kandungannya. Masih segar kenangan itu ketika sedang menunggu mesyuarat exco-exco dakwah. Mata Faris Haikal terpandang pada serangkap tajuk buku yang sedang dibaca Delisha Iman.

'Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel' menjadi perbualan mereka berdua ketika itu.

"Rajin anti baca buku... Tajuk buku tu best. Ana pun suka baca buku-buku macamtu. Semalam baru lepas habis baca buku 'Khalid Memburu Syahid'." Faris Haikal tersenyum nipis.

Memang dia sudah lama tertawan hati terhadap Delisha Iman. Cuma itulah pertama kali dia dapat memberanikan diri untuk memulakan perbualannya yang selama ini dia pendam sahaja di hati. Topik buku-buku ilmiah itulah yang menjadi permulaan hubungannya dengan Delisha Iman.

"Yep! Sangat best. Seorang pemuda yang masih remaja dah boleh jadi sultan, lepastu bijak dan sangat alim sehingga berjaya membuat strategi sendiri untuk menawan kota Konstantinopel. Solat sunat tahajjud tak pernah tinggal... Sangat hebat...! Kagum ana dengan beliau..." Delisha Iman kembali menala matanya ke buku itu. Dia memang suka berkongsi ilmunya kepada orang lain, tambah-tambah orang seperti Faris Haikal yang kebetulan mempunyai minat yang sama dengannya.

Faris Haikal tersenyum keseorangan. Kenangannya dengan Delisha Iman dahulu tidak pernah dia lupakan walaupun sedetik. Delisha Iman adalah satu-satunya perempuan yang berjaya bertamu di hatinya setelah diteliti peribadi dan kerajinan gadis itu dalam menuntut ilmu. Ramai yang tertawan hati pada Faris Haikal tetapi keunikan Delisha Iman penyebab dia tidak perasan perempuan lain dalam hidupnya. Ilmu, bijak, rajin, unik, sempoi... Itulah yang menjadi daya penarik Faris Haikal terhadap Delisha Iman. Faris Haikal tertawa kecil sambil tersenyum meleret.

Mata Faris Haikal mula melihat jarum jam di dinding. Pukul 5.15am pagi. Lama fikirannya mengelamun jauh selepas menunaikan solat istikharah dan tahajjud tadi. Niat hati untuk istikharah jodoh disebabkan Masyitah melamarnya petang tadi. Tetapi bayangan Delisha Iman pula yang datang menerjah ke dalam minda. Aduh, dia sudah jadi tunang orang. Aku tidak boleh fikir tentangnya lagi. Getus hatinya....

Aku Remaja Biasa



Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.

Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.

Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.

Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana.


Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.

"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."

Allah berfirman:
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)

FirmanNya lagi:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)

Allah berfirman lagi;
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah.

Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut.

Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah.

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)

Sehelai Tudung Labuh


Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku

Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga

Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya

Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku

- Artikel iluvislam.com