Menjiwai Sepi


...mengarang puisi cinta

sepi...
usang kelopak cinta
menaruh impian

tenang...
mengenang cerita cinta
harus sabar

menyendiri...
perlukan masa
dan detik

mencari keriuhan
dalam rindu
menjiwai sepi.

Kata-kata Mutiara Penuh Hikmah


  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
  • Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
  • Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Sebuah Hijrah


menebas duri nan meninggi
kaki lalu melangkah lagi
tersadung sekalimat pidana
tidak mengapa ini ujian-Nya
redha menyahut seru

turutkan kalbu...
bisa pancung asaku
dan...
sudah lama daku
semadi di liang itu
tapi...
aku tak ingin kesana!
tanpa karung yang penuh permata

Allah..
izinkan daku terus melangkah
mencari sekelumit cinta-MU
ke ruang persandingan Kau dan aku
di rerantingan kehidupan mulia

Alhamdulillah...
kaukirimkanku sebuah hidayah
memula hijrah

Kandang



ini kancah pertelagahan suara2 kalian
aku tahu dan aku jua erti
kalian gembira
dengan bicara lantang bertongkah sifat
bertikam lidah sesama dalam kacau suasana
kononnya menyandang kata adil
sedangkan kalian semua sama saja

kamu! enak sungguh lunak suaramu
tapi bibir sekadar mengungkapkan
dan janji ditinggal sepi bungkam
tiadapun kata adil terpancar kudengar?
hei! aku punya telinga!

kamu! apa yang kau telan?
apa sekelumit beras dari kita
yang memberi suap kalian
sedang kalian tidakpun berlapar
padahal kita pun ajalnya sudah dipuncak

kamu! enak kita mengisi perut boroi kalian sana
sedarkah? apakah semua itu kata adil?
sekadar bertelagah
kau bilang aku salah!
sedang butir katamu dusta!
gila!

teruslah kalian!
teruskan menumpang di kandang ini!
aku tidak ingin lagi mendengari!

apa benar kata adil?
dari bibir dusta?
kapan bila lagi aku mau berbicara seperti ini?
setelah aku mati digenggam sendiri?

~Kelana

Mimpi Semalam


bermimpikan semalam
hadir suatu rasa rindu
menjemput ke sebuah pertemuan
hati bertentangan mendendang
kasihmu membelai daku
dalam setiap bibit bicara
dalam ukir senyuman
ada hangat dalam kemesraan
indahnya menusuk lembut
aduhai...
cintamu bagai bulan
menyinar seisi malam
namun pabila siang
sirna dilewat awan

~Kelana

Life Is


[._. ]?

[-.- ]

need more sleep need more rest
this life is joy and cheers
if the love remain near
stand up and take a deep breathe
close your eyes then let me hold you tight
near my love in my heart
in this world only you be the light
come on come to me
in the word 'life' is you beside me
together we build our miracle night
beyond the greater sight

life is...
too many branches
to step on.

Bungkam


Bungkam itu sesungguhnya
suatu kesengsaraan dalam jiwa
sesat tanpa riang dan gembira
lepaslah ia disisi cerita
disini... alam bawah jaga
lalu mengorak membuka luka
dan menjadi pedih nan siksa

Aduhai... sekali mengeluh
rindu pun tercantas
...
aduhai... tiadalah bahagia
tenggelam dipukul gelora
...
aduhai... aku hampa
habislah sudah cerita?
...
aduhai... bersaranglah kecewa
tubuhku rebah ke tanah

renyuk hati
lemah jiwa
bungkam noktahnya.

Kuluahkan


Aduhai rindu...
Alahai rindu...

Menjemputlah daku ke pangkuanmu
bersama nada bicara berirama syahdu
jiwa tak ingin lagi berantakan
hati kian kembung menahan.

Bagaimana lagi ingin kuluahkan?
dalam baris-baris ini saja...
...juga dalam lipatan ingatan
dan... selaut kerinduan

Lisanku bisu
ingin melakar
takkan terdengarkan
hilang tiada kesan

Aku ingin terus tenggelam
dan tenggelam...
...dan bungkam
menyembunyi suatu erti
yang bernama rindu...

Sunyi Kosong Rindu


Berbicaralah sunyi..
Kesunyian ini terlalu indah tuk diperkatakan
Sunyi ini tenang dan kosong namun indah
Kosong... bagaimana dengan kosong?
Kosong itu angka barangkali
atau aksara?
...tidak... kosong itu kelapangan yang meresapi
jiwa kalian... dan aku
bagaimana dengan rindu?
Rindu itu abstraknya cintaku
memenuhi kosong dan sunyi
pada satu dimensi.

Bacakan Nafasku


Sekeping lelah
awalnya kurasakan lemah
lainnya bagai hendak patah
bisa runtuh tubuh mengunyah
nafas kerisauan
bagai tiada nyawa
hanya mampu menghirup
sedikit angin ketenangan
untuk mengarang lirik penghidupan
bisakah kau bacakan nafasku
dalam lirik yang sendu
nafas bertitah syahdu
setiap hela memain lagu rindu
pada siapaku merindu?

Bungkam Membicara




Kuhambakan setia
bukan pada butir bicara sebentar
bertongkah hangat susunan kemesraan
tetapi pada bicaraku yang bungkam
terselit kalimat rindu yang tak terungkapkan
cukuplah sekadar sekilas wajahmu
bicara lalu terhenti
bungkam membicar rindu
maafkan daku di kali ini
membuatmu menanti.

Sekilas Wajahmu


Betapa segenap sukma tertusuk
Kunamakan ini rindu
Dalam madah kata insan
Sungguh...Rindu keterlaluan

Indahnya rasa ini
Jiwa dan hati khusyuk berbahasa
Masing2 runduk menikmati
Biarpun disisi makna kejauhan

Alangkah...
Alangkah berombak laut perasaan
menghempas pantai hati
Alangkah...
Sekali berpaling
terpandang namamu...

Rindu..Kian rindu

Aduhai adinda
Bicarakan cintaku seenaknya
Bahana sekilas wajahmu
rindu kunjung bertalu...

Salam Aidilfitri


Ini kemuncaknya
Roh2 barakah pulang ke sangkar-Nya
Pulang bersama Ramadhan yang lama bertandang
Mengirim Syawal destinasi rahmat didamba
Ramadhan, rindumu kuusung ke dalam hati
Tika kau bertandang pergi.

Kupohon ampun dan maaf
Kali ini di waktu ini
Pada kalian yang tertera
Kala masa dan waktu masih sudi membicara
Kala penamat sebuah pengakhiran.

Salam aidilfitri kalian semua.

Salam Dari Jauh


Memandang kejauhan
jauh itu kosong
Melihat kedekatan
dekat itu sepi
Kosong dan sepi disebatikan
Pada erti kejauhan dan kedekatan.

Kian lembayung rinduku
walau jernihnya masih merah
Tergugatkah pegangan dihujung mega hakiki
atau kering kerana bicara bisu?
Tak langsung tersangkakan.

Jauh memutik bunga rindu
Cinta menitip setia
Dekat menjauh titis syahdu
Kasih seteguh ancala.

Aduhai rindu...
Dari jauh kutitipkan salam
Menyapa khabar insan diufuk kejauhan.

Sembunyikan Kasih


Kerana suatu janji
aku mencintai
Dan kerana janji itu jua
setia mewangi.

Hulurkan tulus kasihmu
usah biarkan aku lemas di lautan rindu
Dan jangan pernah lepaskan
kerana aku akan mengikat hatimu sekuatnya.

Biar cinta di antara kita
tidak hadir sekelip mata
tidak berakhir dengan sebuah kecewa
ia kan kekal ke penghujung nyawa.

Kerana demikian bukti
Simpankan cinta diam menyepi
Kelak bila tiba masa buka kembali
Angin, bawa aku terbang jauh dari kerinduan ini.

Riwayat Insan Fakir


Tersimbah dakwat takdir
Riwayatku seorang insan fakir
Mendampar tubuh dipesisir sunyi
Bungkam akal dan fikir.

Kata-kata manis nan indah
Tak petah kubicarakan
Betapapun dipaksa walau sepatah
Tak mudah terucapkan.

Aku bukan pujangga nista
yang bermadah akan bisik-bisik hati semata
Aku bukan pendebat pincang
yang lancang berhujah akan kata-kata bukan hakikat
Tiadalah aku ini selain aku
yang akur menyonsong pidana dunia.

Kubancuh rencah nikmat kurnia Tuhan
Melukis lorong-lorong suci dihamparan kehidupan
Tabah walau calar tertumpah
Syukur pabila nikmat-Nya mencurah.

Riwayat insan fakir
pahit getir tiada akhir.

Kian Terlupakan


Entah berapa benua kauteroka
Gurun keberapa gurun sudah kausila
Lautan mana lagi tidak kausapa
Ancala mana lagi belum kautemu
Duri yang mana belum kausonsong
Seteru mana lagi tak semuka?

Jika didaki sigai sejarah semalam
Bahangnya pasti mendakap pelosok ingat
Derita dan pahit bersebati runtun berzaman
Jerih perih setiamu pejuang
Susah payah leluhur terdahulu
Luruh nyawa ayahanda!
Renyah hati bonda!
Kini telah kian terlupakan.

Bagai kesucian embun pagi
Luasnya samudera damai ini
tak berpantai
Tingginya ancala harapan
kan tergapai
Kita hanya mewarisi!

Wujudkan suatu ruang
Gaulkan akal dan fikir
Ingatlah!
Yang bertandang telah pulang
Namun jasa-jasa berkilau keemasan
jangan kau lupakan!

Pulanglah Kekasihmu Menanti!


Bungkam bicara
Rentung jiwa
Aku tidak tahu kenapa aku menangis
pada erti sebuah penantian
Kecamuk rasa ini bisa buat aku mati!

Mengapakah sewaktu ini kita berbicara
dengan bahasa yang tiada maknanya?
Menggetarkan seluruh jiwa
dengan saki baki kenangan yang tidak bisa terlupakan?
Menerbitkan segala macam andai
lalu menjalar menjadi bebanan pedih
Diriku luruh!

Seandainya terpisah itu takdir azali
maka kirimkan aku rindu!
Kiranya kau masih punya sisa kasih
titipkan padaku buat menebus pilu!
Pada raupan tapak tangan tertadah harapan
Tegar aku menghembus cinta ini dengan ikhlas
Pulanglah, kekasihmu menanti!

Rimbun Keampunan


Insan biasa
Mendambakan cinta suci Ilahi
Mungkinkah tergapai harapan jika
Masih terkapai-kapai dalam lautan noda
Lemah mengekang nafsu yang maha dahsyat
Berkubang dalam lumpur dosa hina!
Hakikat diri terlalu gersang iman!
Dalam kekelaman hidayah-Nya
Mengutus rintih pada sebak jiwa
Akan diterimakah segala sujud syahdu
Akan terdengarkah segala syair sendu
Akan tertunaikah huluran taubatku
dan seluruh bisik-bisik rindu zikir kalbu
Setelah aneka larangan ditelan
Setelah dosa terhimpun segunung
Bisakah?
Singgah dirimbun keampunanmu Tuhan
Untuk kupetik setangkai kasih
mengucup wangian syurga.

Dalam Sebuah Hati Murni


Hujan lara membasahi laman hati.
Dalam sebuah murni
lalu kita temukan ihsan sebagai teduhan
Berdiri dengan penuh teguh
Tetapkanlah hala pada ufuk sana
dan bertafakurlah jiwa beriring sebak menggila
Nescaya jiwa akan luluh lalu runtuh!
Derasnya mengalir kalam hidayah membunuh nafsu.

Cukuplah kuutarakan bahasa hati
Hakikat diri di taraf hamba
Alpa,leka,lalai,lupa,cuai
dalam mencari sirat al-Mustaqim
Malas menyemai di saujana keimanan
Terbuai dunia.

Perkirakan segala yang terindah menjadi wadah
Mahar untuk secupak nikmat azali
Khalis!
Murni!

Apa Akhir Rindu Pungguk?


Entah kali keberapa
Kurenung lirik cahayamu masih sama
Tiada surut ruang antara kita
Jauhnya,jaraknya tak berubah
Indahmu,ayumu tak hilang.

Mencicah hari-hari terasa rindu
Rasa rindu padamu bulan
Bagai teratai ditaut kiambang
Masih tak lekang menunggu
Setia di dahan harapan.

Apa akhir rindu pungguk bulan
Muram hampa?
Derita sendirian?
Sesat menunggu?
Mati kerinduan?

Katakan bulan,
akhir rindu pungguk itu BAHAGIA!

Bintang Cintaku...


Cinta...
Belum sempat aku menyapa
Dia hilang bersama semilir angin
Belum sempat aku bertanya
Dia ghaib dari pandangan
Entah bila bisa bersua lagi
Ingin sekali kutitipkan cinta buatnya.

Bintang itu
Bintang cintaku
Senantiasa menemani sepanjang malam
Mendengarku berbicara
Membalas dengan tulus sinar cintanya.

Cinta hadirlah ketika aku masih
punya jiwa!
Rindu mendekatlah ketika aku masih
punya rasa!
Pekik-pekik hati,diri bisa luruh.
Katakan dirimu nyalaan hidayah!

Bintang itu pasti muncul lagi
Berdiri di hadapan
Lalu kusambut huluran cintanya
Kerana sinarnya itu nafasku
Berlagukan rinduku
Bernadikan sayangku.

Ada Sesuatu Antara Waktu


Merajut kesabaran
Menebar wangi kasturi
Dalam pekatnya kehidupan.

Menoreh kesyukuran
Menyibak cahaya
Dalam gemerlapnya pengharapan.

Ada sesuatu antara waktu,
Dengan demikian
Tak harus bersedih
bila ada sesuatu diingini tak tergapai.
Tak harus menyesal
ketika impian ternyata bukan milik.
Tak harus kecewa
saat sesuatu bagai hilang dari sisi.
Tak harus luka
bila harapan tak langsung terwujud.
Tak harus ada rungut
"Mengapa dunia tak menyebelahi?"

Bebaskan Rindu



Kau,
Tak mudah terpadam bagai obor di ancala
Aku merasakan bagai tidak pernah sirna kelibatmu dari sisi
Tidak kemana rindu masih dipandu jauh dari gelodak nafsu.

Kau,
Jika kau selam sanubari ini pasti kau rasa getarnya
Debaran kasih rinduku yang meronta
Menggoncang sepenjuru dunia hingga luruh langit sepetala.

Harus kau tahu
Hadirmu membuka luas pintu hati ,tulus memberi seribu erti
Bukan madah palsu berbaur kecewa
Sedang ini semua kata-kata bertongkah nyata.

Cinta,
Rindu ini seksa terpenjara dibalik sangkar jiwa
Andai kau rasa getarnya
Bebaskan rindu jauh terbawa di angin yang lalu.

Jangan Diamkan Bicara


Janji-janji sepi
Bukankah telingaku mendengar
Tidakkah jiwaku merasa
Janganlah berpalingkan kata
Cukuplah bicara ini
menjelaskan.

Di sudut jendela bertanya aku
Di hati bimbangku mengunyah risau
Ditiupkan seruling itu sudah tiada lagu
Apakah sunyi berpalam kembali
Hanya pada hari ini,esok
atau selamanya.

Hadirlah sebaris titipan
Menyangkal rintihan
Kecewa nada rindu
Pintaku hanya satu
jangan diam seribu.

Cara-cara Install CINTA


INSTALL CINTA-KASIH-SAYANG

Customer Service (CS): Ya, ada apa yang boleh saya bantu?

Pelanggan (P): Baik, setelah dipertimbangkan, saya membuat keputusan untuk meng-install CINTA-KASIH-SAYANG. Bolehkah anda memandu saya menyelesaikan prosesnya?

CS: Ya, saya boleh membantu anda. Adakah anda sudah bersedia?

P: Baiklah, saya sedia melakukannnya. Tetapi saya kurang mengerti tentang teknik-tekniknya. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS: Langkah pertama adalah BUKA HATI anda. Tahukah anda dimana hati anda?

P: Ya, tapi masih ada banyak lagi program yang masih aktif. Bolehkah saya meng-installnya sementara program-program tersebut masih berjalan?

CS: Boleh nyatakan program apa yang sedang aktif?

P: Sebentar,izinkan saya melihat dahulu. Emm, program yang sedang aktif adalah: SAKITHATI.EXE,GERAM.EXE,BENCI.IVS,DENDAM.EXE DAN TAKYAKIN.EXE

CS: Tak mengapa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dan GERAM.EXE dari sistem operasi (OS) anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda tapi tidak lama kerana akan ditampal program lain. CINTA-KASIH-SAYANG akan menampal TAKYAKIN.EXE dengan modul yang diberi nama PERCAYADIRI.MSI, ia akan meneutralkan program tersebut.Namun, anda harus mematikan BENCI.IVS dan DENDAM.EXE. Kedua-dua program tersebut boleh menyebabkan CINTA-KASIH-SAYANG tidak di-install dengan sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P: Saya tidak tahu cara terbaik untuk mematikannya. Boleh bantu saya?

CS: Okey, dengan senang hati. Klik start-button pada taskbar, melalui start-menu, aktifkan program MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.IVS dan DENDAM.EXE terhapus.

P: Sudah. CINTA-KASIH-SAYANG mulai di-install secara automatik. Apakah in wajar?

CS: Ya, anda akan menerima isyarat bahawa CINTA-KASIH-SAYANG akan terus di-install ke dalam HATI anda. Anda telah menerima isyarat tersebut?

P: Emm, ok. Apakah sudah selesai di-install?

CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya mempunyai program asasnya sahaja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI lain untuk meng-upgrade-nya.

P: Oops. Saya mendapat error message. Apa yang harus saya lakukan?

CS: Apa mesejnya?

P: 'ERROR 412 line 39- PROGRAM NOT RUN IN INTERNAL COMPONENT,CANNOT CONNECT PORT'. Apa maksudnya?

CS: Jangan khuatir, ini masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH-SAYANG diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum dapat aktif di HATI internal. Ini ada salah satu kerumitan pemprograman. Maknanya anda perlu men-CINTA-KASIH-SAYANG-i diri anda sendiri sebelum men-CINTA-KASIH-SAYANG-i orang lain.

P: Jadi, apa yang harus saya lakukan seterusnya?

CS: Dapatkah anda klik pulldown directory yang berjudul PASRAH?

P: Ya, sudah.

CS: Bagus. Sekarang pilih fail-fail ini; MEMAAFKAN_DIRI-SENDIRI.DOC dan MENYEDARI_KEKURANGAN.TXT dan salin ke directory MYHEART. Sistem ini akan menampal fail-fail konflik dan mulai memperbaiki program-program yang rosak. Anda perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang rosak tidak muncul kembali.

P: Sudah. Hei! HATI saya sudah diisi dengan fail-fail baru, SENYUM.JPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.DLL dan KEPUASAN.VB telah disalin kedalam directory HATI. Apakah ini wajar?

CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu mendownloadnya dari sumber yang berlainan. Kerana OS anda telah bersih dari program-program yang rosak dan VIRUS jadi CINTA-KASIH-SAYANG telah terinstall serta berjalan dengan aktif. Tapi ada satu lagi hal yang penting.

P: Apa dia?

CS: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan anda sentiasa SHARE kepada orang yang anda temui. Dan jangan segan untuk SHARE program bermanfaat yang lain.Mereka pasti akan menghargainya dan SHARE kembali CINTA-KASIH-SAYANG untuk anda. Selamat berjaya!

Langit, Mana Awan?


Di akhir hayat cinta yang masih bersisa
Tak mungkin aku mampu membina teduhan seindahmu
Taman segala bunga mekar walau tak sampai pada musim
Bagai selaut warna pelangi berbaur haruman asmara.

Sehari-hari sesal tak berhabisan meragut putik usia
Cuba mencalit lukisan semalam dengan dakwat resah
Jika esok ceria takkan terbit lagi bagaimana?
Andai hari ini untuk aku lalu ada siapa?

Biarkan jiwa runduk membilang debu kecewa
Biarkan bahang siang terus memamah rasa
Biarlah aku terbaring disini tanpa teduhan cinta
Sirna hapus segenap jaga,bawa aku ke alam lena.

"Langit, mana awan?"

Our Unity


At that sudden moment you muttered many things
That before I knew it even passed my sense of values.

We said so many hye and goodbye
And climb the stairs to tomorrow
The endless overflowing drops
if a sun will shine down
Then these start will be tied.

Like a miracle our lives came together
And became silhouettes in a bustling scene
An epilogu so dazzling I could cry
Filled with emotion
I could write it on the sky
A gentle breeze blows making a new path
One day that path will connect the long distance between us
Then you and me will become we in a beautiful unity.

Kelana Cinta


Jika rindu ini menyapa lagi, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum
Andai rindu ini menitip resah, kepadaMu aku pasrah
Andai pencarian ini masih belum kutemui, ya Allah damaikanlah hati

Kelana cinta ini tidak kuharap bersemi dengan serakah
Cinta kepadaMu ya Rahman destinasi kasih terlaksana
Kasih diberi, cinta dicari tak sama dengan naluri
Hasil diperolehi, kesan melakar diri, sekadar bayangan duniawi.

Kuntuman bunga pada kata-kata yang bukan hakikat
Seri kelopak mawar pada bibir yang bijak bertongkah sifat
Manis madu pada bicara lisan yang berbaur cuka
Kening dikerut, minda bertaut bertanyakan dia.

Biarlah resah menarik sepi
Biarlah kecewa meratap pergi
Biarlah kasih mengikat diri
Ya Muhaimin kepadaMu aku memohon
Terangilah taman hati, bukan pada intuisiku tapi pada keterbukaan redhaMu.

Resahku Siapa Tahu


Cinta mu bagai awan
berarak...
Dari indahnya dengan warna putih
Tanpak sejuk dan menyegarkan
Kini menjadi kelabu....

Telah hilang keindahan maya pada
Telah hilang payung cinta
Kini kian layu
seakan berlalu...

Kini awan menjadi beku
Hilang sudah keramahan
Kian menggumpal
Pekat seakan mendung kelam

Itulah resahku
Tentang cinta mu yang kian pudar
Diri ini kian terlupakan
Dan tanpa menoleh kepadaku
Walau sesaat mengobat rinduku

Wahai awan cinta ku
Teduhkan hatinya dengan anggun mu
Pesonakan jiwanya dengan putihmu
Secerah langit cintaku di siang hari
Segemerlap bintang rinduku di malam hari

Sebening embun sejuk
merasuk di fajar menyeringai
Sehangat sentuhan mentari pagi
Aduhai... resahku siapa yang tahu...

Berbahagialah Dengan Bersyukur

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: `Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?` Tentu mereka akan menjawab: `Allah.` Katakanlah : `Segala puji bagi Allah`; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. ” -[QS Luqman : 25]

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.” -[QS. Al Kautsar : 1-2]

“Bahawasanya Nabi SAW, apabila datang kepadanya suatu perkara yang menggembirakan atau mendapatkan khabar gembira, beliau langsung bersyukur sujud, bersyukur kepada Allah SWT.” -[HR Abu Dawud]

Ketika Rasulullah shallallahu’alaihi wassalam beribadah sampai beliau bengkak-bengkak, Saidatina Aisyah RA isterinya berkata, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau beribadah sampai seperti itu, bukankah Allah telah mengampuni segala dosamu?” Rasulullah menjawab, “Tidakkah engkau suka aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?”

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah berceritera, “Bahawasanya salah seorang hamba di antara hamba-hamba Allah mengucapkan, `Ya Rabbi, Lakal hamdu kamaa yanbaghii li jalaali wajhika wa azhiimi sulthaanika [Ya Tuhanku, kepunyaan-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi kekuasaan-Mu dan keagungan-Mu]`. Maka, ucapan ini menjadikan kedua malaikat bingung sehingga mereka tidak tahu bagaimana yang harus mereka tulis. Maka naiklah keduanya kepada Allah, lalu berkata, `Ya Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba telah mengucapkan suatu perkataan yang kami tidak tahu bagaimana kami harus menulisnya.` Allah bertanya – padahal Dia Maha Mengetahui apa yang diucapkan oleh hamba-Nya, `Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku?` Mereka menjawab,`Ya Tuhan kami, sesungguhnya dia mengucapkan, Lakal hamdu kamaa yanbaghii li jalaali wajhika wa azhiimi sulthaanika.` Kemudian Allah berfirman kepada mereka, `Tulislah sebagaimana yang diucapkan hamba-Ku itu hingga dia bertemu Aku, maka Aku yang akan membalasnya” .-[HR Ibnu Majjah]

“Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, berarti tidak bersyukur kepada Allah” -[HR Abu Daud]

Syaikh Ibnu Athaillah menuturkan "Seseorang mukmin itu suka menyibukkan diri menyanjung Allah, sehingga tidak sempat untuk memuji dirinya sendiri, dan ia sibuk menunaikan kewajiban kepada Allah sehingga ia lupa akan porsi untuk dirinya sendiri”. -[Al-Hikam]

Syaikh Ibnu Athaillah menuturkan: “Siapa yang tidak mengetahui begitu berharganya nikmat, ketika kenikmatan itu bersertanya, maka barulah ia mengetahui betapa berartinya nikmat itu setelah nikmat itu pergi meninggalkannya.” -[Al-Hikam]

Cinta dan Rindu Dalam Islam


RINDU
Dikau datang lagi...
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri
RINDU
Apakah yang dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati
RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku
RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu
RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu
RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari

TENTANG HATI
Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula dengan zina hati. Hal ini adalah salah. Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai.

CINTA (AL-HUBB)
Cinta, iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai. Itu termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir. Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami isteri. Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan. Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta.

Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata: “Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Apakah kamu telah melihatnya?” Aku berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kalian berdua.”

Kebanyakan orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut untuk menghadapi cinta kerana tanggapan bahawa cinta yang tumbuh di dalam hati itu adalah dosa dan mereka mengira diri mereka sedang bermaksiat, berzina hati, bahkan salah seorang di antara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat dosa.

Kenyataannya, bahwa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam pemahaman mereka tentang cinta dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu, di mana mereka beranggapan bahawa cinta itu suatu maksiat, kerana sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dilihatnya dari lelaki-lelaki rosak dan perempuan-perempuan rosak di kalangan mereka, yang mana mereka-meraka itu menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT. Mereka saling duduk, bermalam, bergurau mesra, saling menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan cinta. Banyak orang mengira bahawa cinta tidak ada lain kecuali yang demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, justeru sebaliknya.

Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat daripada syahwat-syahwat yang telah Allah SWT hiaskan pada manusia dalam masalah cinta. Ertinya Allah SWT menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah SWT:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – [Aali-’Imran: 14]

Allah SWT-lah yang menghiasi bagi manusia cinta pada syahwat ini, maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah tersebut dalam hadis bahawa Nabi SAW bersabda:

“Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – [HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi]

Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah keluarga.

Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: "Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan."

Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah SWT.

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menyeksa manusia dalam kecenderungan hatinya. Akan tetapi manusia akan diseksa dengan sebab jika kecenderungan itu diikuti dengan amalan-amalan yang diharamkan.

Contohnya: apabila lelaki dan wanita saling memandang tanpa batasan atau berduaan-duaan, lalu cenderunglah hati kedua-duanya, sesungguhnya kecenderungan hati ini tidak akan menyebabkan kedua-duanya diseksanya, kerana hal itu berkaitan dengan hati, sedang manusia tidak bisa menguasai hatinya, akan tetapi, kedua-duanya diazab kerana apa yang mereka lakukan, iaitu memandang tanpa batasan dan berdua-duaan. Dan kedua-duanya akan dimintai pertanggungjawaban, dan akan diseksa juga dari setiap perkara haram yang mereka perbuat setelah itu seperti berciuman, bermesraan dan berzina.

Adapun cinta yang tulus ikhlas dan murni, yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala, sebagaimana akan dijelaskan dalam bab ‘Rindu’ di bawah.

Menjaga kehormatan diri itu sungguh sangat sukar. Yang paling selamat adalah menjauhi semua sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta.

Daripada kedua-dua golongan ini (yang mencintai serta menjaga kehormatan dan yang mengelak daripada cinta), sungguh sangat sedikit mereka yang selamat.

RINDU (AL-’ISYQ)
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan.

Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram.

Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.

Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

Wallahu a’lam.

Rindu Setaman Kasih


Dengarlah buaian irama puisi
Deklamasi rindu untuk jiwa
Jiwaku
Jiwamu
Pada nada yang sama
Kita satu.

Disini benih kasih disemadi
Kusiram, kujaga bermusim
Setelah menunggu rindu tak kunjung balas
Mekarnya tanpa madu
Harumnya tiada bau
Lelah aku menanti dari musim ke musim.

Keluh kupendam
Hampa kusimpan
Rindu kutahan
Semedang mengeluh melihat cinta ini makin gersang
Lalu membiar saja pena menghambat aksara
tanpa setitis noktah yang pasti.

Rindu kuluahkan
pada sinar bulan
pada gerombolan awan
pada pohon merimbun
Semuanya membisu
Membiarkan aku terus sesat dalam rindu.

Rindu tak mudah sirna
Kerana jiwa terus menyubur rindu setaman kasih
Setia pula hanya menunggu masa menuai janji
Dan aku kini bersandar di gerbang taman
Menanti hadirmu pulang bersama cintaku
yang telah lama kaubawa hilang.

Aku Pemandu Rindu


Keletihan mengayuh ke hujung buana
Kata orang disana ada hati menanti
Laman menyemai cinta kasih kekasih
Singgahan cemara berpasang-pasang melepas lelah
Merawat saki-baki luka

Tubuh kuhadap kesana
Nun jauh mata melunjur
Jauh lagi rinduku
Sungguh jauh
Titian kesana terhalang ancala masa
Tampak kabur diselimuti kabus kejauhan
Bagaimana ingin aku kesana dengan cinta buta?

Lenguh atmaku bagai ingin terlerai rindu
Rindu usang ini yang sekian lama aku pandu
Dan kian usang dan terus usang
Terlitup debu kenangan semalam
Penat,lelah memandu rindu nan sarat
Tiada indera
Tuli,buta,bisu
Tiada hujung
Awal,hidup,putus

Sesampai disana
Ingin aku sampaikan kucupan pada rerumput ditanah
Menghirup wangian harum bunga sekuntum demi sekuntum
Merenung persis diri pada kemilau embun
dan bermonolog dengan jiwa
Disisi tubuh, rindu telah rebah menghadap langit
Haruskah aku memandunya lagi?

Selawat Tobibiyyah

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِيْ وَحَبِيْبِيْ وَطَبِيْبِ قَلْبِيْ وَجَسَدِيْ وَرُوْحِيْ سَيِّدِيْ رَسُوْلِ اللهِ مُحَمَّدِ ابْنِ عَبْدِ اللهِ , الصَّادِقِ اْلأَمِيْنَ وَعَلَى آلِه وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ

Maksudnya;
Allah selawat dan salam sejahtera atas junjungan, penghulu dan kekasihku. Pengubat hatiku jasadku dan rohaniku. Penghulu para rasul,Muhammad ibni Abdullah. Jujur dipercayai ke atas keluarga dan sahabat sekaliannya.


Destiny



The wind  blows through that boring window
Making jokes of myself.

I get a sense of living from staring at the cloudy sky
What color of sky I'm looking at?
Felt like something has changed
Not so sure it were blue and clear
Or grey and soaky.

Hey, got your head out from the bored
Let us find the blue of sky!
Before everything now become past
And before that grey sky bring you out from a sunny life.

I decide faintly
At the today in my palms
Walking toward the sky's stairs with a bit of energy
Looking today as tomorrow for a beautiful destiny.

Puisi Buat Aku



Tolehlah ke belakang
Renung dengan akalmu yang panjang
Adakah hadirmu benar diundang?

Aku,
kurnia Ilahi memberi seribu erti
Buat bonda dan keluarga
Memikul janji.

Aku,
dari sebesar tiga jari
Hingga engkau di puncak tinggi
Terbalaskah budi?
Jika kejayaan ini
hanya untuk dirimu sendiri?

Aku,
sampai sudah waktunya
Engkau perlu bersemuka
Dengan kewajipanmu
Kepada bonda dan keluarga.

Aku,
Apakah nasib?
Apakah khabar?
Bonda di pinggir sana?

Aku!
Tolehlah ke belakang
Masih ada hutang
Yang wajib engkau tebus
Sebelum bonda
'dijemput pulang'

Mencintai



Mencintai persis hati ke hati
Tidak perlu bicara lisan
Sudah erti akan bahasa cinta
Menitip kala sirnanya tenang
Hadir kala wujud resah di dada
tanpa diundang datang
Pulangnya tanpa sebarang ucapan
Salam sejahtera mengiring sepeninggalan.

Harga usah dihitung
Tidak mungkin terlunas walau dunia dikorban
Mahalnya mencintai
Mahalnya merindui
Tidak bisa dijual beli.

Rindu itu sudah pasti
Rindu, seakan tidak akan hilang
Mungkin kadang perlu diungkapkan
Tetapi lebih elok dipendam
Biar mekar semekar bunga di taman
Kelak bisa dinikmati manis merindu.

Mencintai
Menyayangi
Merindui
Sepenuh jiwa
Seisi hati
Seluruh raga.

Allah Tetap Cinta!



Ketar,
Mengenang dosa silam,
Gugup,
Bakal diterimakah taubatku ini Tuhan?

Tika kaki mulai melangkah,
Menelusuri lorong tarbiyah,
Meneliti di segenap ruang,
Malu,
Melihat mereka umpama malaikat,
Sedang aku lumpur,hina,jijik.

Seringkali tertunduk,
Mengurai dosa lama,
Bertanya,
"Wahai Tuhan, apakah ada lagi keampunan?"
Terdiam,
Tuhan itu penuh berahsia,
Selaut dosa,
Segunung maksiat,
Masih tercurah rahmat.

Tadahkan doa,
Mohon padanya,
Allah tetap cinta!
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat-Nya. Sungguh Dia mengampuni semuanya."-[QS Az-Zumar:53]

Cinta...Kunci Rapi

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji

Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi

Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari

Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri

Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali

Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami

Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni

Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?

Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri

Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi

Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini



Cinta..
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri

Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati

Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa, seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..

Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami

Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...