Tahap-tahap Cinta

Seawal kita lahir kedunia lagi kita telah dikurniakan rasa cinta.Namun definisi cinta belum kita ketahui waktu itu.Masih suci....Disini saya cuba mendefinisikan tahap-tahap cinta*kononnya berpengalaman*

*image from Google Image*


Cinta pada benda:

Definisi-
Perasaan sangat suka pada sesuatu benda,seseorang atau sesuatu tempat.Akan sering menatap apa yang disukai.

Peringkat umur-
Yang ni khas untuk bayi sahaja.

Cinta monyet:

Definisi-
Yang ni paling banyak berlaku dalam kalangan budak-budak sekolah tidak kira sekolah rendah atau menengah.Semuanya orang tahu,tiada yang dirahsiakan,akhirnya kecundang kononnya tak sehaluan...

Peringkat umur-
10tahun->18tahun

Cinta mati:

Definisi-
Cinta yang berlandaskan keinginan memiliki dan dimiliki yang sangat tinggi. Cinta seperti ini banyak dinikmati oleh remaja-remaja yang belum banyak pengalaman dan belum tahu apa erti cinta yang sebenarnya.Nikmat la konon....

Peringkat Umur-
Selepas peringkat cinta monyet

Cinta buta:

Definisi-
Cinta yg memamah fikiran manusia, setiap hari ingin selalu dekat dengan yang dicintainya kerana tak ada lagi yang lebih baik dan sempurna selain yg dicintainya tersebut dan tak pernah peduli lagi pada keadaan sekelilingnya.Butanya cinta...

Peringkat umur-
Tak kira usia

Cinta sejati:


Definisi-
Susah difahami.Hanya mereka yang melalui memahami....

Peringkat umur-
Tidak mengira peringkat umur19->akhir hayat
*pendapat dari beliau yang lebih berpengalaman* Khairul Nizam Suhaimin

Cinta hakiki:


Definisi-
Cinta yang kekal abadi.Cinta pada Ilahi,Pengurnia cinta yang hakiki.Sangat susah untuk menggapai cinta ini.

Peringkat umur-
Tidak mengira peringkat umur pabila telah mendapat kurnia-Nya


SAYA HANYA MELALUI PERINGKAT PERTAMA ALAM CINTA.ANDA PULA?BERADA DITAHAP YANG MANA SEKARANG?RENUNG-RENUNGKANLAH...

Catat Ulasan