Rintihan Sebuah Tabung

SEUSAI SOLAT


image:mohdshahizal.com

"Assalamualaikumwarahmatullah.Assalamualaikumwarahmatullah.".Alhamdulillah,selesai sudah satu lagi kewajipan seorang lelaki Muslim aku tunaikan.Saf hari ini mempunyai sedikit kekosongan dibelakang.Maklumlah,musim cuti sekolah.Mungkin ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman bersama anak-anak ataupun sekadar melancong makan angin di pusat pelancongan dalam negara meskipun luar negara.

Seusai sahaja imam memberi salam,imam teruskan lagi dengan wirid dan zikir.Bergemalah alunan zikir-zikir memuji pencipta yang agung,Allahuakbar.Dan tatkala itu jua,dikala para jemaah sibuk menjamu rohani mereka dengan zikir dan pujian terhadap Allah.Ada perkara yang amat menggembirakan hati buat mereka yang menginginkan redha-Nya.Siapakah gerangan yang ditunggu para jemaah sementara berwirid itu?Ada yang beroda,ada yang tidak.Ada yang plastik,ada yang kayu.Ada yang berlubang,ada yang bertutup.Apakah itu?Tabung bergerak mungkin namanya.


Kata si tabung :

"Setiap hari Jumaat dan pada majlis-majlis yang tertentu,aku sentiasa bekerja mengangkut duit-duit yang datangnya dari para jemaah yang bermurah hati menghulur.Namun seringkali setelah satu saf kulalui,misiku tak tercapai."

SEBUAH PERJALANAN


*semangat benar si tabung melaksanakan tugasnya.namun akhirnya kecewa menimpa.*


Ketika para jemaah sedang khusyuk berwirid.Mungkin segelintir sahaja.Ada yang bersembang kosong.Ada yang solat sunat.Ada yang bergegas keluar tanpa wirid tanpa doa.Ada yang tidur menongkat dagu.Namun si tabung tetap pasrah melalui dari seorang jemaah ke jemaah yang lain.Meskipun ditolak kosong.Dalam perjalanan si tabung ini.Bermacam ragam jemaah ditemui.


  • orang yang memulakan menolak tabung itu,tak semestinya menghulurkan wang kedalam
  • ada pula yang buat-buat tidur tatkala tabung itu melintas
  • ada yang cepat-cepat bangun solat sunat pabila dilihatnya tabung itu mendekati
  • ada yang berlakon kononnya terlalu khusyuk berwirid sampaikan dicuit pun tak terperasan
  • ada yang menghulurkan syiling yang amat berat pada timbangan namun lebih rendah pada nilai
  • ada yang buat tak endah saja,menunggu orang ditepi menarik baru ditolak si tabung itu
  • ada juga manusia yang buat-buat takde duit.padahal dompet di dalam poket sahaja
  • ada yang menghulur wang dengan ikhlas

PERJALANAN TAMAT

*penat pun sudah.letih pun sudah.hasilnya yang diharap segantang secupak cuma yang datang*

Setelah melalui,mereka-mereka ini,si tabung dibiarkan di tepi saf."Aku kebingungan,mengapa manusia-manusia ini tidak mahu menghulurkan wang kepada aku?Sedangkan itu pahala.Aku rela mengusung walau seberat manapun wang yang dihulurkan,namun janganlah sampai semuanya duit besi."kata sebuah tabung.Rakannya yang di saf belakang menyapa "Hei kawan,bagaimana hasilmu hari ini?Berbuah sudah atau berbunga sahaja?"."Tidak berbuah,tidak juga berbunga",balas si tabung ringkas.

KENAPA TAK DERMA?

Mungkin apa yang kita lihat disini sebuah kisah yang sangat ringkas,tidak bermakna mungkin kalau kita renungkan secara kasar.Namun,disini kita dapat meneliti kerenah para jemaah yang beraneka ragam.Ada yang menghulur,ada yang tidak.Puas sudah sebelum khutbah disampaikan,imam berpesan kepada para jemaah supaya menderma kedalam tabung simpanan masjid bagi menyokong program yang dianjurkan disekitar kawasan kampung.Namun tidak juga mederma.

*tabung masjid sekadar perantara untuk yang memerlukan,akan sampai jua derma kita itu pada orang yang perlu*
image:Google Image

Dan kita jua tahu bahawa,menderma itu pahala.Bahkan,wang yang kita dermakan walau 10 sen mampu mendatangkan pahala kepada kita.Tak juga kita menderma.SOMBONG agaknya~Sudah kaya dengan pahala dan harta ukhrawi mungkin.Atau sudah tahu bila ajalnya sampai baru nak mengutip pahala.

Sama-sama kita renungkan
Salam Ceria,Salam Inspirasi

Catat Ulasan