Penantianku Untukmu

 


Aku sentiasa memerhati mu,
Aku fikir kaulah yang terbaik untukku,
Aku sentiasa menanti kerinduanmu,
Walaupun hanya khayalan dalam mindaku,

Dikala aku penat menunggu mu,
Menunggu kelibat cintamu itu,
Tak kuduga airmata mengalir deras,
Kerana sikapmu itu,
kau mempersenda diriku ini,
Jatuh air muka ku kerana dirimu,

Ku fikir hadirmu mengubah hidupku,
Ku fikir adamu mampu mendamaikn cintaku,
Tapi sayangnya cinta itu buta,
Tidak terlihat pada jujur atau dusta,
Cinta tak bermata.

Namun hingga ditika ini,
Gurauanmu senantiasa berlegar difikiranku,
Hatiku sayu tanpa kelibat kerinduan cintamu itu,
Aku sedar siapalah diriku,
Tuk menyambut cinta agungmu,
Kuteriak pada hati,
Diriku bukan yang terbaik untuk mu!!
Mungkin itu hanya ujian dari Yang Maha Esa,
Mungkin juga itu kerana angan aku belaka...
Tapi apakan daya..
Takdir menentukan kita.

Perpisahan ku dengan mu,
Kuabadikan dalam jiwa,
Menyemai kematangan dalam gerak,
Menanti cinta yang akan hadir bila sampai pula masa,
Biarlah Allah menentu segala,
Biarlah aku menanti sahaja.

Nukilan : Akid Irfan

Catat Ulasan