Kerjaya Yang Telah Dinaiktaraf

DULU KERJA-KERJA DINAMAKAN BERDASARKAN KEMAHIRAN SESEORANG,SETELAH MASA BERLALU KE ALIRAN MODEN DAN SOFISTIKATED SERTA MATERIALISTIK MAKA NAMA-NAMA KERJAYA ITU JUGA TURUT BERUBAH MENURUT ALIRAN TERKINI DAN MENJADI LEBIH KOMERSIAL DAN TAMPAK LEBIH PROFESIONAL.

  • TUKANG KEBUN telah menjadi JURUHIAS LANDSKAP.Tukang-tukang kebun yang dulunya makan gaji kini dah boleh berniaga dan mendapatkan pulangan lumayan lebih dari seorang tukang kebun.
  • TUKANG RUMAH menjadi JURUHIAS DALAMAN.Sebelum rumah-rumah baru dihuni dek pembelinya ramai la para juruhias dalaman akan menawarkan khidmat mereka untuk mencantikkan sedikit hiasan dalaman rumah mereka dengan mengubah suai supaya sesuai dengan kehendak tuan rumah.(=.=)"
  • TUKANG JAHIT kini menjadi PEREKA FESYEN.Dinaik taraf bila ada rekaan yang glamour serta boleh join pertunjukan fesyen.Kemahiran diorang ni ialah mereka fesyen yang pelik-pelik sikit.Lengan jadi kaki ke.Kain jadi guni ke.Pastu namakan fesyen diorang dengan nama yang pelik jugak.Konfem meletup walaupun diorang ni tak pandai jahit.
  • TUKANG MASAK dalam panggilan baru sebagai CHEF.Tak kisah la kat mana pun tukang masak ni memasak.Kalau pakai topi tinggi sikit macam tarbus tu gerenti orang panggil dia chef.Apa lagi kalau korang buat masakan dan hidangan yang ada nama korang tersendiri.
  • JURUHEBAH menjadi PERSONALITI RADIO atau TV.Kerjaya ni paling senang dipromosi oleh diri sendiri janji korang kena kepoh pandai bercakap pasal topik-topik semasa yang hangat sensasi lagi meleleh.Silap haribulan,korang lagi ngetop dari penyanyi atau pelakon.Korang nak jadi pelakon atau penyanyi pun boleh lagi.

Catat Ulasan