Bicara - Beza Antara Cinta Dan Suka




“Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”

“Terangkan?” Si gadis musykil.

“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…”


SESUATU YANG BERNAMA MANUSIA

Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…


-cinta itu boleh diadaptasikn sebgai peneman peribdi..krna cinta mmpu mresapi kesunyiaan...kdng kalatu..cinta itu hnya mainan dunia..krna cnta mlalaikn kita utk mncintai Pncipta kta....yg mna begitu agung cintaNya .



-knp tak disimpan didalam buku tebal lama2 kemudian diliminatekan
kan kekal abadi .




Beginilah andainya sesuatu yang bernama manusia ini . Bak pepatah Melayu yang digubah semula , rambut sama hitam , fikiran lain-lain . Ada cakap tu la . Ada cakap ni la . Jadinya , berpeganglah pada prinsip yang satu . Allah ~

YANG PATUT . . . 

Cinta - doakan dia akan jadi jodoh kita . Doa je . Dalam konteks cinta ni , hanya perlu sedikit usaha . Tak perlu menyusahkan diri dengan perkara yang akhirnya sia-sia dan mengundang ketidakbahagiaan dalam perhubungan . Hamba tidaklah tegar berwacana tentang cinta . Masih muda.

Definisi "Kelana"

Maksud erti kata Kelana

  • mengadakan perjalanan ke mana-mana tanpa tujuan tertentu,mengembara
  • berkelana - pergi ke mana-mana
  • mengelana - berkelana
  • pengelana - orang yg berkelana pengembara

Kelana merujuk kepada pelaku yakni orang yang mengembara tanpa hala tuju.Dan orang yang tidak mempunyai hala tuju tu aku la...Haha

===TAMAT===

Bicara - Tentang Setia





*perbualan sepasang kekasih*


BF : Baby,betul ke baby setia kat abang ni?

GF : Abang,tolong jangan pertikaikan kesetiaan baby kat abang.Baby serius dalam perhubungan kita ni.

BF : Betul ni baby?Walau nanti abang takde dah?

GF : Eiyh.jangan la abang cakap macam tu.Ni betul ni baby setia~



Hari ini terusik hati Sang Kelana untuk mencoretkan sebuah bicara mengenai setia.Indahnya,manisnya mulut seorang manusia berbicara.Mudahnya melafazkan janji setia yang akhirnya mungkin tertunai.Mungkin tidak.Siapa tahu kan?Namun janji setia yang diungkapkan sang pemeterainya akan lebih indah dan manis sekiranya mampu ditunaikan tanpa kata-kata palsu yang senantiasa melekat di bibir insan zaman moden kini.Indah sangatlah kalau setia ini dimungkiri.Tidakkah tenat hati dan jiwa yang menghadapi?Aduhai~


Tentang setia.Setia, abstrak yang memberi makna kerelaan untuk sebuah pengabdian yang kekal kepada sesuatu perkara. Misalnya,yang dapat kita ambil contoh dari perbualan sepasang kekasih diatas.Si GF setia akan si BF,kononnya.Tapi kalau si GF tu tak tunaikan setianya,bukan setia la tu.Itu dipanggil janji manis."Umpama menanam tebu ditepi bibir".Manis tebu tu,tapi tak boleh nak tuai,sebab ditanam ditepi bibir sahaja.Jadi, setia ni bukanlah menanam tebu ditepi bibir.



*semailah padi disawah,tumbuh subur boleh dituai*
Tapi setia ni ialah "menyemai padi di baruh" . Kelak selepas padi itu matang,bolehlah dituai hasilnya untuk dijual meskipun jadi bekalan.Begitu juga setia dalam analogi mudahnya.Bukan sekadar menyemai,namun semaian itu haruslah subur malah boleh dituai.


*Pilihlah setia yang sebaiknya.Atau hati jua yang tergores*
Dan realitinya pada zaman ini,setia tampaknya sudah kian pupus ditelan arus masa peradaban manusia.Apa yang kita nampak pada hari ini bukanlah setia lagi.Semuanya tebu yang tak mungkin dituai hasilnya.Indah kan?Sukar benar mencari setia dizaman ini kerana tiada kesetiaan diterapkan dalam pemikiran dan minda masyarakat.

"Buat apa nak setia kan?Mana lah tau nanti ada jodoh lain" .Ya betul.Memang betul dan munasabah pendapat yang dilontarkan,buat apa nak setia kalau dah tau ada yang lebih baik?Kalau sudah tahu ada yang lebih baik.Mengapa tidak ditinggalkan terus tanah yang kosong itu tanpa meninggalkan tebu-tebu yang tak mungkin tertuai?Sudah lah manusia dengan janji-janji kotor yang kau lontarkan.



*bandingkan manusia ngan kucing,mana lagi setia*
Berkatalah seorang hamba ini "Aku sumpah aku akan setia padamu,hanya dirimu sorang" . Ni kalau betul-betul nak tunaikan takpa bang.Tapi,bila dah dilafaz sumpah setia tapi tak ditunai.Ia hanya sekadar mencipta luka di hati.Bukan di hati si dia saja.Malah dihati kita akan turut terasa jua.Sudahlah menggores hati orang,hati kita jua turut terkena tempiasnya.Malang sungguh andai setia tak tertunai.

Setia oh setia
Sampai bila harusku genggam ,
Setia ini yang berpantang,
Mungkin suatu hari,
Hapuslah setia berdebu,
Dalam genggaman.
*aku telah lalui*

Setia yang tak tertakluk pada terma dan syarat yakni,seorang berjanji setia dan seorang lagi mengatakan "Saya tak berjanji" . Mungkin boleh dimaafkan,kerana ia dimeterai tanpa kerelaan kedua-dua pihak.Tiada salahnya sekiranya kedua-dua pihak tidak memeterai janji persetiaan.Kerana persetiaan bukan mainan.Tapi bayaran~

Apa Itu Puisi?:Dari Sudut Yang Berbeza

Pengertian dan Definisi Puisi:

Puisi merupakan ungkapan perasaan atau pikiran penyairnya dalam satu bentuk ciptaan yang utuh dan menyatu. Secara garis besar, sebuah puisi terdiri atas 7 unsur, yaitu: tema, suasana, imajinasi, amanat, nada, suasana, dan perasaan. Sedangkan prinsip dasar sebuah puisi adalah berkata sedikit mungkin, tetapi mempunyai arti sebanyak mungkin.

Berikut ini adalah pengertian dan definisi puisi dari sudut pandangan yang berbeza:

SUMARDI
  • Puisi adalah karya sastra dengan bahasa yang dipadatkan, dipersingkat, dan diberi irama dengan bunyi yang padu dan pemilihan kata-kata kias (imajinatif)

HERMAN J. WALUYO
  • Puisi adalah genre sastra yang paling banyak menggunakan kata kias
  •  Puisi adalah bentuk karya sastra yang mengungkapkan pikiran dan perasaan penyair secara imajinatif dan disusun dengan mengonsentrasikan semua kekuatan bahasa dengan pengonsentrasian struktur fisik dan struktur batinnya
  • Puisi adalah karya sastra tertulis yang paling awal ditulis oleh manusia.

JAMES REEVES
  • Puisi adalah ekspresi bahasa yang kaya dan penuh daya pikat

THOMAS CARLYLE
  • Puisi merupakan ungkapan pikiran yang bersifat musikal

PRADOPO, 1995:7
  • Puisi merupakan rekaman dan interpretasi pengalaman manusia yang penting, digubah dalam wujud yang paling berkesan

HERBERT SPENCER
  • Puisi merupakan bentuk  pengucapan gagasan yang bersifat emosional dengan mempertimbangkan efek keindahan

DUNTON
  • Puisi adalah pemikiran manusia secara konkret dan artistik dalam bahasa serta berirama seperti musik)

PAKCIK WIKIPEDIA
  •  Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama,puisi, syair atau lirik.
AKU
  • Puisi merupakan satu cabang penulisan untuk meluahkan perasaan seseorang penyair itu berkaitan sesuatu perkara dengan nada dan irama dari luahan penyair itu sendiri.

P/S:Apa yang kita faham,itu yang kita pegang!

CINTA?Apa Kata ISLAM?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".



Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.


"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau:


“Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang. 


Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"
 Artikel asal:Adhwa Muwabbah

Rajukku Tak Perlu Diendah


Tidak mengapa
Memang rajukku tak perlu diendah
Usah...
Kalau ditanya kenapa
Begini jawabnya
"Tak perlu tahu"
Noktah disitu
Kalau ditanya bengang kah?
Jawabnya
"Memang"
"Sangat-sangat" dihujung frasa.
Noktah disini.
Pantas
baca kau baca
Lantas
renung dan bisukan jarimu
Usah lontar soalan
Terpampang sudah jawapan
Noktah lagi.

Kahwin Muda : Jangan Ingat Mudah!

Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..

Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!

Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.

Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).

Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!

Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.

Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.


Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!

Firman Allah SWT

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)

Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.

"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",

"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",

"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.

Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:

"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)

Secara kesimpulannya,  pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).

Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.



Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..

Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..


"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Wallahu Anta A'lam

Artikel islamik terbaik hanya di iluvislam.com

Bertemu cinta dalam CINTA


Arafah. Padang yang menyaksikan sejarah cinta sulung Adam dan Hawa bertemu.

Mewarisi ujian cinta di padang pasir, Ibrahim meninggalkan teman setianya Hajar dan buah hatinya, Ismail semata kerana Yang Esa. Sekilas wajah Yusuf, bertaut tulus cintanya Zulaikha beralih kepada Cinta Yang Maha Sempurna.

Tatkala Kerajaan Cinta antara Sulaiman dan Balqis bersemi dek Cinta Yang Memiliki Kerajaan langit dan bumi turut bersatu. Terpateri Cinta Agung Muhammad  cintanya untuk isteri dan ummat yang dikasihi, meresap ke dalam hati-hati sehingga tiba belabuh ke hati. Demikianlah sekeping hati setiap insan sehingga ke hari ini tidak pernah kering menerima warisan cinta itu.

Subhanallah... Madah cinta itu sungguh seni dan puitis.. Kehadiran cinta yang semenjaknya di syurga mana mungkin boleh ditolak oleh hati sedangkan ia adalah kurniaan Ilahi, anugerahnya kepada hambaNya untuk menyempurnakan fitrah kejadian insani.

Fitrah ingin dicintai dan mencintai. Andai hati ini tidak meminta untuk melintasinya, atau sekalipun membungkam seribu doa, malah mengalihkan pandangan, dan mengunci bicara, ia tetap ada, wujudnya sedia di batas hati setiap jiwa. Kadangkala tanpa sedar, tanpa paksaan ia hadir.

Adakah ini cinta? Tunggu sekejap! Wahai hati yang hidup dengan suluhan iman...Berhati-hati, jangan tertipu oleh penipu profesional iaitu nafsu dan bisikan syaitan! Keluarkan senjatamu.. DOA. Ya itulah senjata mukmin. Maka berdoalah!

"Ya Allah, aku berlindung kepada kalimatMu yang sempurna, dari apapun kejahatan yang Engkau ciptakan." -Amin Ya Rabb-

Seutama-utama cinta itu adalah Allah. Dia Yang menciptakan Cinta, maka cintanya adalah yang pertama dan utama.  Dialah yang selayaknya dicintai. Allah pasti membalas cinta itu dengan sifatnya Yang Maha Mengasihi.

Hingga hujung nyawa,

Aku tetap ingin menjadi pencintaMU,

Inginku isi rongga-rongga rindu ini,

Dengan madu cinta Pencipta Cinta,

Setiap hela nafas mengalir suci namaMU,

Tersemat utuh di hati tanpa noda,

Sucinya bersih menghiasi qalbu,

Penyuluh hidup, pengukir bahagia,

Tanpanya tiadalah segalanya,

Hingga hujung nyawa,

Ku ingin tetap bersama cintaMU.




Cinta itu hakikatnya suci, kadangkala menguji hati seperti Saidina Ali dan Az-Zahra. Adanya sabar dan tabah menyulami iman menterjemahkan kesetiaan di batas waktu yang menjadi rahsia Allah. Dalam memilih cinta, ajaran nabi jadi garis panduannya. Perlu bijaksana meletak prioriti cinta antara terutama dan utama.

Cita-cita jadi mahar cinta. Harapan disampaikan melalui doa, memohon pilihanNya dalam sejadah istikharah, musyawarah menetapkan kematangan dari yang berpengalaman, restu penjaga diri tulus dipinta. Jangan dinoda oleh serakah jiwa yang lemah. Jujur pada pendirian yang tidah tergugah.

Bijak mengurus, mengawal dan menterjemah dalam bimbingan PEMILIK HATI juga perlu di ambil peduli. Meng'upgrade' diri menjadi soleh atau solehah bukan kerana si dia, tetapi berusaha menjadi soleh dan solehah semata kerana DIA. Ikhlas dan tawakal pada pilihanNYA bukti pergantungan diri mensyukuri ketetapanNya. Bila dan siapa jodoh itu, pasti bertemu cinta di Arafah RahsiaNya, kerana empunya diri yakin pada janjiNya.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).... "
(Surah an-Nur ayat 26)



 

Taqwallah dan tulus iktikad demi REDHANYA pasti melestari ikatan ke Taj mahal Abadi.

Duhai manusia yang menyakini,

Teruslah mengemudi pelayaran dalam mengabdi dan membangun diri serta agamamu,

Usah dirimu sibuk menoleh dunia mencari raja atau permaisuri hatimu,

Masih banyak amanah dan tanggungjawab yang dikau galas,

Dunia ini hanyalah sementara,

Di sisi Tuhanmu ada yang lebih baik.

Duhai Manusia Yang Paling Bahagia,

Bukankah pergantunganmu sudah dikau letakkan kepada yang tidak akan buat dirimu kecewa,

Jika ya, usah bazirkan masamu tanpa berkhidmat kepada TuhanMu,

Bertemanlah dengan kesabaran kerana Tuhan Yang Satu,

Dia mengawasi dan menunjukimu setiap waktu,

Kerana janjiNya, bahawa Dia bersama orang yang sabar.

Duhai Manusia Yang Memiliki Ketenangan,

Hadapilah kenyataan dengan penuh keredhaan,

Dia Yang Maha Mengetahui ketetapan terbaik buatmu,

Dikau kan bahagia dengan mengingatiNya,

Kerana Dia memberikan cintaNya padamu

Bertemu cinta manusia

Dalam CINTA Agung di sisiNya.

InsyaAllah...

Bertemu cinta dalam CINTA akan kekal bahagia!

Versi-versi Lain Ungkapan Aku Cinta Padamu

 Aku Cinta Padamu...
Kalimah keramat yang diungkapkan buat yang dicintai.Namun yang biasanya digunakan hanyalah I Love You ataupun Aku Cinta Padamu sahaja.Bahasa lain kita kurang tahu kan?Kat bawah ni ada 100 ungkapan Aku Cinta Padamu dalam pelbagai bahasa.Jom baca!





Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumem
Bambara - M’bi fe
Bengali - Ami tomake bhalobashi (pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Catalan - T’estimo
Cherokee - Tsi ge yu i
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Cantonese - Ngo oiy ney a
Mandarin - Wo ai ni
Comanche - U kamakutu nu
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Cree - Kisakihitin
Creole - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Elvish - Amin mela lle (from The Lord of The Rings, by J.R.R. Tolkien)
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki’
English - I love you
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t’aime, Je t’adore
Frisian - Ik hald fan dy
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S’agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu’ umi unangwa’ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i’ ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru or Anata ga daisuki desu
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Luxembourgeois - Ech hun dech gaer
Macedonian - Te Sakam
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Maltese - Inhobbok
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh’ni
Ndebele - Niyakutanda
Bokmaal - Jeg elsker deg
Nyonrsk - Eg elskar deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Surinam - Mi lobi joe
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Phom rak khun
Tunisian - Ha eh bak
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em
Welsh - ‘Rwy’n dy garu di
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe
Zazi - Ezhele hezdege
Zuni - Tom ho’ ichema
Bahasa Melayu - A k u  C i n t a  P a d a m u!

So?Apa tunggu lagi?Jom ungkapkan Aku Cinta Padamu dalam pelbagai bahasa ni kepada orang yang dicintai. XD Silakan-silakan...Selamat mencuba~

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.


Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"


Wallahu Ta'ala A'lam

Esok Untuk Mesir

Tahukah anda ?
  • Esok merupakan hari pertama seorang Presiden Mesir mengetuai negara tanpa kuasa perundangan,
  • Esok akan menjadi kali pertama hari pertama Presiden Mesir bersama Kerajaan tanpa kuasa perundangan(tidak memiliki kuasa mutlak).
  • Esok merupakan satu fasa dari beberapa fasa perpindahan kuasa baru buat negara Mesir dan ia berjalan dalam masa yang agak singkat.
  • Esok juga menyaksikan semua pindaan perlembagaan sebelum ini akan digugurkan.
  • Esok Mesir merupakan negara bertamadun yang diiktiraf dunia bahawa ia berdiri di atas pilihan rakyatnya hasil undi kepada perlembagaan yang baru.
  • Presiden Dr Muhammad Mursi telah mengotakan janji beliau dalam proses memasuki pintu sejarah yang lebih luas.
  • Dan esok Mesir menjadi sebuah negara Madaniah yang sumber perundangannya daripada syariat Islam yang Syumul.

C.I.N.T.A. Untuk Siapa?


"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani

Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"

Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.

Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.

Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..

Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!

Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Lebih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku

Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.

Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.

Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.


"Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu.."


Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.

Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.

P/S:Love For Allah~

Cinta Mahabbah

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar seindah lukisan
nak ku tunjukkan perasaan


Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseSaveorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.

C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).

Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.

Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang yang telah 'syirik' iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.

Ini kerana hawa nafsu CINTA harus disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w , sebagaimana ayat di dalam surah Ali' Imran  ayat 31.

" Katakanlah (wahai Muhammad): " Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Ayat tersebut menjelaskan bahawa, 'Jika kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah yang menerima risalah daripada Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia. Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.

Selanjutnya Allah berjanji kepada sesiapa yang memenuhi syarat di atas iaitu mematuhi ajaran Rasulullah SAW , Allah akan mencintainya. Akhirnya Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosanya.

Apakah Erti Cinta?

C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengungkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.

Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.

Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.

Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.

Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.

Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?  Nauzu Billah Min Zalik.


Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cinta tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.

Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.

Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..

 Katakanlah "Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya." Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.

Cinta yang sebenar-benar cinta!

P/S:Semakin hari,semakin asyik aku membaca artikel di iluvislam.com.In Shaa Allah,selepas ini akan menyusul artikel karangan sendiri pula.Dah sebulan tak mengarang...

Cinta Mati


Pagi indah nan seri
Matahari memancar lagi hari ini
Hujan telah henti
Malam telah pergi
Cinta?
Mati...
Soalnya jiwa "Bila nak hidup kembali?"
Rungutan hati "Kosong disini..."
Kata minda "Rindu tak henti"
Aku bicara "Usah lagi ditangisi akan cinta yang telah mati.."

10:07a.m.
Ahad,23 Disember 2012
Sang Kelana

Masihkah Ada Rindu?


Sendiri menanti hadir sepi
Melihat angan dari sebalik jeriji realiti
Khayal dibuainya
Menari-nari sang jejari mengikut rentak
Kononnya menghibur hati
Riang telah basi
Dan malam telah kian malam
Dan dingin telah kian dingin
membeku...
Mana?
Tepatkah telahan kalbu?
Mata mungkin menipu
Kalbu pula?
Kau sendiri pun tahu
Aku jua tahu

Apa halnya dengan kalbuku?
Tertawa...
Terkadang panik
memikirkan
Nan jauh langit dipandang
Menghitung depa jarak kau disana
Jauh...
Suluhan cahaya pantas masih belum sampai
kebenuamu
Kerana itu
Aku bertanya
dan tertanya-tanya
Masihkah ada rindu?
Kirimkan setitis buat aku disini
Kubalas dengan selaut rinduku
Padaku
Pada rindu hanya rinduku untuk rindumu
Dan
Pada cinta hanya cintaku untuk cintamu

Jujur
Masihkah ada rindu?
Jangan dibiar hapus
Nanti aku kian rindu...

2:54 a.m.
Ahad,23 Disember 2012
Sang Kelana

Keburukan Permainan Online Facebook & Niat Tersembunyi Kafir Laknatullah

           ASSALAMUALAIKUM WRBT

Pernahkah anda semua terfikir mengenai natijah bermain permainan di facebook?

Apakah muslihat mereka untuk memesongkan akidah umat Islam?

Usah kita bicara mengenai pembaziran masa talkala bermain permainan tersebut...

Terdapat banyak contoh2 yang berlaku apabila seseorang itu ketagih bermain permainan tersebut.

Penulis tidak mahu membicarakan mengenai persoalan tersebut... penulis mahu membicarakan mengenai keburukan lain yang lebih dashyat lagi akibat bermain permainan tersebut kepada anda semua.

Hampir semua aplikasi permainan yang terdapat di FACEBOOK berunsurkan kafir.

Antara yang popular ialah farmville, frontierville, happy aquarium, texas poker, barn buddy, nightclub city dan lain-lain.


*sumber dari Google*

SECARA HALUS mereka cuba untuk memesongkan akidah UMAT ISLAM dengan permainan mereka.

Mereka seringkali membuat kempen2 terbaru bertemakan budaya KRISTIAN.

Antarnya kempen mereka ialah THANKSGIVING, EASTER DAY, CHRISTMAS, GOOD FRIDAY

Anda diminta oleh mereka untuk menghantar dan meminta sesuatu gift untuk mencapai sasaran kempen tersebut.

Sebagai usaha gigih anda menghantar dan menerima gift tersebut, anda di AWARDkan hadiah atau kenaikan level.

Itu yang anda nampak... !!!

Yang anda tidak nampak ?

Saya jelaskan pandangan saya :
  1.  Tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah mem"PROMOTE" agama anutan mereka kepada rakan-rakan anda.
  2. Tanpa anda sedari anda telah mem"BUDAYA"kan agama mereka kepada yang lain.
  3. Ini membuatkan UMAT ISLAM lebih mengingati hari kebesaran mereka dari HARI KEBESARAN UMAT ISLAM sendiri ..!

Anda sudah nampak sekarang natijahnya ......

Nota :
  1. Anda boleh meneruskan hobi bermain permainan tersebut andai anda merasakan tidak berdosa mem"PROMOTE" agama mereka.
  2. Anda boleh meneruskan minat anda dengan terus bermain andai anda berpendapat "menyokong agama selain dari agama Islam tidak berdosa..!!!??

Fikir-fikirkanlah...

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : FB Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat

P/S:Nampak je benda tu SIMPLE,tapi benda yang SIMPLE ni la membuatkan kita mudah terpesong dari hakikat sebenar...

Andai Dapat Kugubah Lagu



Andai dapat kugubah lagu
Persis komposer terkemuka
Seperti yang kaupinta

Kan kukarang irama merdu
Kuselit not-not kasih
Kuselit not-not rindu
Biar rasa sayang bergema
Biar rasa cinta mampu menyekang bosan
Melanda

Kubelai alunan tulus
Tak meruncing
Biar enak ditelingamu
Biar kautahu
Hanya aku mencintaimu...

12.12 a.m.
Sabtu,22 Disember 2012
Sang Kelana

Pandang Aku Sejenak


Aku disini...

Sekali lagi kukatakan
Aku disini

Pandang aku sejenak
Sedang aku hiba merintih menangis
Selautan sudah airmata
Tiada kekeringan

Pandanglah aku sejenak
Aku pinta
Bertali nada hiba
Berarus lembut kata
Pandanglah aku sejenak...

Bukan aku ingin kau
Menanggung sama derita
Kuingin kau tahu
Masih aku mencintai
Walau aku disisih umpama bunga
Yang tak mungkin mekar
Sampai bila tiba masa ajalnya
Tanpa dirimu...

11:57 p.m.
Jumaat,21 Disember 2012
Sang Kelana

Fahami Hati Wanita...



Semua orang mengaku pandai bercinta, pandai berkasih, pandai memainkan kata-kata syahdu. Dan ramai  kita lihat yang couple, berkasih dan bercinta. Ramai juga yang dapatkan rasa kasih sayangnya. Malah  ramai jugalah girls yang akui amat menyayangi kekasihnya.

NAMUN at the end, masih ramai lagi wanita yang dikecewakan. Masih ramai lagi yang pelik dengan
perubahan pasangan lelakinya dan hairan dengan cara orang yang disayangi sepenuh hatinya itu sudah  tidak melayan mesra, sudah tidak hiraukannya dan tidak memberi kasih dan sayang secukupnya.

Di sini Bro Razzi rasa ada baiknya, sebelum you all bercinta awal-awal tu, BERIKAN LIST di bawah ini
sebagai panduan kepada lelaki untuk lebih memahami hati wanita. Agar mereka tidak mudah memainkan  hati dan perasaan you all, dengan harapan ada lah secebis rasa peri kemanusiaan dalam diri mereka  untuk meneruskan perhubungan dengan jujur.

10 perkara asas yang agak penting ini adalah untuk ‘MEMAHAMI HATI WANITA’

1. Apabila wanita berkata, “TAK APA, TAK ADA APA-APA MASALAH” – Jangan terus buat tak tahu, seolah- olah memang betul tak ada masalah. Inilah waktunya wanita tidak mahu bercerita masalahnya sebaliknya  mereka mahu anda memahaminya sendiri. Cubalah fikir sejenak dan lihat sekeliling, apa yang telah  berlaku atau ada apa-apa yang telah anda lukakan hatinya.

2. Apabila wanita TERSENYUM SINIS setelah anda lakukan kesalahan - Anda ingat dia tak tahu? Anda ingat anda sudah terlepas? Hehe… Yes, dia tahu anda menipu! Cuma dia tak mahu bergaduh, tak mahu  menyalahkan anda, tidak mahu cari pasal. Namun sebenarnya, dia amat kecewa dengan sikap anda yang  tidak setia, dan tidak jujur.

3. Apabila wanita menatap wajah anda bagai SERIBU PERSOALAN - Dia sedang berfikir samada anda akan  terus setia sampai bila-bila atau anda akan berubah hati suatu hari nanti. Persoalannya, adakah anda  benar-benar cinta atau ‘sekadar melepas lelah dan batuk ditangga?’

4. Apabila wanita BERDIAM DIRI - bermacam-macam perkara yang difikirkannya dan kesemuanya adalah  untuk kebaikan masa depan. Jangan marah, jangan usik mereka di ketika ini sebaliknya berikan masa  itu untuk mereka cool down.

5. Jika wanita TIDAK MELAWAN - Tidak bermaksud mereka tidak tahu, tidak pandai atau hanya setuju  dengan tindakan anda sebaliknya itulah tandanya dia sayangkan anda dan memberi peluang dengan  mengikut segala keputusan yang dibuat.

6. Apabila wanita HUBUNGI ANDA SETIAP HARI - Tak faham-faham? Dia tengah giler kat you all la tu. Wanita tidak akan calls any guy just for nothing. Dia call sebab dia berminat, dia suka, dia nak kat you la kan. JADI, kalau anda juga berminat, okay layanlah. Tapi kalau tak berminat, jangan pula layan dan beri harapan palsu!

7. Soalan lazim, “You ni single lagi ke? You bila nak kahwin? Girlfriend you mana?” - Hehehe…samada dia saja-saja nak tahu status you atau pun, dia sebenarnya ada sikit-sikit berminat untuk mengenali you dengan lebih lanjut. Sembunyikan status you is not a good idea here, ia akan buat girl tu menyimpan harapan. Soalan-soalan sebegini,is obviously the girl nak tahu, samada it’s green or red light to pursue!

8. Apabila wanita mulai berkata, “I MISS YOU” - WO! It’s too late to back off, itu bermakna dia amat menyayangi anda. Kalau betul-betul anda sayangkan dia, maknanya anda bertuahlah kerana girls takkan  simply miss any guy. Tapi jika anda hanya anggap dia sebagai kawan biasa. IT’s a good time if you  can explain to her…keadaan, perasaan dan hati anda yang sebenar.

9. Apabila wanita kata, “TAK TAHU SEBAB APA, I RASA MACAM I TAK BOLEH LAH KALAU TAK JUMPA YOU SATU  HARI PUN, RASA MACAM TAK KENA HIDUP INI” - Itu bermakna, dia sedang dilamun cinta yang amat dalam  kepada anda. At this time, this girl hanya fikirkan you. Siang malam very sure, hanya you sahaja  yang diingatinya. So…it’s not a good time untuk hancurkan hatinya di saat ini though…

10. Apabila wanita MARAHKAN SESUATU YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA - Hehehe…sebenarnya  dia tengah cemburu tu. Mungkin anda ada bercakap dengan wanita lain, atau ada girl lain yang call  you ke or ada kena mengena dengan other girls la kan. TAPI dia tak mahu la cakap, sendiri mau ingat  la kan. BUT its if you pun tak ada lah marah. Just be cool dan biarkan saja dia lepaskan geramnya.  Later pujuklaa… kalau betul-betul sayangkan dia, promise to her, takkan buat lagi.

Being with a woman ni, kita kena ingat satu perkara… BAGI MEREKA, segala-galanya REAL! Jadi apa sahaja jawapan yang anda pilih untuk berikan, untuk anda jawab, kesemuanya akan dianggap sebagai  sesuatu yang REAL atau SERIOUS bagi wanita itu. Where as for guys, sometimes it’s just a joke, atau saja-saja main-main or test power…

    For example, apabila wanita tanya, “You suka I? You miss I tak?”

So, apa you jawab? -

    “Ya I do, I suka you!” – “Ya, I misses you a lot” -

Tapi sebenarnya, you all dah ada bini, or dah ada girlfriend pun. Tapi saja-saja suka-suka beri jawapan sebegitu for fun. It’s thrilling isnt it… BUT for girls, it’s a real thing man! At the end, lelaki dah terjebak, or lelaki dah terlanjur bercinta…sedangkan anda sudah pun miliki yang lain. Jadi, my advise…JANGAN sesekali memberi jawapan dengan mudah-mudah hanya  sekadar untuk menjaga hati wanita atau, suka-suka nak test power.

Wa copy sebab best article ni:BrotherLove

Aurat | Tutup Ke Bungkus ni?

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Bila Kita Bungkus

Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS apa?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana ko tau?
Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.
Aisyah: Ha? Camane ko tau ni?
Ahmad: Tgok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bukan aku yang pandai, ko yg tak pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.






Bila Kita Tutup

Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP apa dengan tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lagi.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lagi la salah.
Ahmad: Abis tu apa? Mana la aku nak tau apa yang ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mana aku nak tau. Malas la jawab.




Maka anda pilih TUTUP ke BUNGKUS ?

credit to her:Wahida

10 Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita


Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang dan Seangkatan Dengannya



Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.

Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).

Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :


“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :


" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Sumber:


http://www.ustaznoramin.com/2010/02/hukum-meletakkan-iklan-nuffnang-google.html

P/S:Aku taknak dah promot pasni suh orang klik2...Biar yang ikhlas saja klik...

Peristiwa 13 Mei

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.

Angka korban


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.

P/S:Dikutip sebulat-bulatnya dari Wikpedia.