Utusan Akhir

UTUSAN AKHIR



Ketika bintang menyapa,
Dan bulan kelihatan berduka,
Haruskah kuucap selamat tinggal,
Kepada semua ?

Ketika angin menyepi,
Dan daun-daun berdiam diri,
Haruslah kutulis sebuah memori?

Lalu , andai kutinggalkan segalanya,
Sebagai kenangan luka,
Jangan dibasuh dengan airmata,
Kerana , biar seperit mana,
Parutnya milik kita .

ANNE D'FERRA
*Dipetik dari MOY Isu 99 , 15 Jun 2006

Catat Ulasan