MEROKOK - STAIL , BIASA ATAU DIBIASAKAN [2]

Sambungan dari artikel pertama >>Merokok - Stail,Biasa Atau Dibiasakan [1]

Kembali sekali lagi kita pada topik MEROKOK - STAIL , BIASA ATAU DIBIASAKAN . Jadi saya nak sambung perbincangan tentang topik ini dengan mengemukakan sedikit fakta yang berkaitan dengan rokok ni :

BILANGAN ROKOK YANG "MATI"

Menurut anggaran yang di buat oleh Tobacco Atlas,pada tahun 2006 lebih 10 juta batang rokok di hisap pada setiap minit oleh 1 billion lelaki dan 250 juta wanita di seluruh dunia pada setiap hari.Dan fakta ini mengaitkan bahawa 1 daripada 5 orang penduduk dunia ini adalah perokok.

(Sumber : Tobacco Atlas)

*Rokok membunuh , takde yang stailnya . Auta blake tu~*


Memang rokok yang mati lebih banyak daripada rokok yang mati,sebab tu la rokok ni hebat . Boleh jadi pembunuh yang profesional sebab dia bekerja secar berkumpulan . Ha . Kan bagus , kita pun patut mencontohi rokok dengan bekerja secara berkumpulan untuk menghapuskan rokok pula . Ada berani ?

BAHAN-BAHAN BERBAHAYA DALAM ROKOK:

  1. Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  2. Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  3. Napthylamine (ubat gegat)
  4. Arsenik (racun anai-anai)
  5. Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  6. Kadmium (terdapat dalam bateri)
  7. DDT (Ubat nyamuk)
  8. Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  9. Butane (gas yang boleh membunuh)
  10. Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  11. Hydrogen cyanide (racun)
  12. Toluene (bahan pelarut)
  13. Carbon Monoxide (gas beracun)

(Sumber ; Google Image)


Bak kata mulut kita dan pada pandangan mata kita sendiri , nampak ? Tak paya cakap dah , semua ni memang orang kenal . Semuanya berbahaya . Memang rokok ni pembunuh yang paling kejam sebab meracuni kekasihnya sendiri (PEROKOK) dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori sekiranya benar-benar boleh dijatuhkan hukuman ke atas rokok . Teruk betul rokok ni , orang sayang dia , nak bakar pun fikir 2-3 kali . Dia pulak bunuh kita "slow-slow" . Namun apa nak kata lagi , kalau dah cinta si perokok ni memang cinta sejati setia sampai matilah . Sanggup dilayannya rokok ni , bukan sebatang dua sehari . Tapi sampai berkotak-kotak . "Takpe , bukannya mati cepat pun kalau hisap ni . Ajal maut di tangan Allah ." . Owh , pandai ar kau "ajal maut di tangan Allah" . Memangla ajal maut di tangan Allah , Allah yang tentukan . Tapi kalau kita cepatkan ajal Allah lagi cepat la kan ? .

KEBURUKAN MEROKOK

Memanjangkan usia

Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.
Pencegahan penyakit

Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.
Sihat dan hidup berkualiti

Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.
Anak-anak sihat

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.
Remaja merokok

Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.
Gigi kuning

Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.
Bau nafas

Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.
Kulit cantik

Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.
Melindungi keluarga dan rakan-rakan

Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.
Mudah letih dan kurang cerdas

Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.
Baju dan rambut berbau

Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.
Mengurangkan pencemaran udara.

Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.
Kesuburan(fertiliti)

Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.
Disfungsi ereksi

Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.
Berhenti merokok tindakan yang wajar.

Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.

(Sumber : Cybermedik - http://www.cybermedik.com )

Haizzz...Saya nak terangkan satu persatu pun tak yah dah rasanya . Sudah terang lagi bersuluh bagi yang ada mata dan pandai membaca . Keburukan merokok ni , tak boleh nak dipertikaikan lagi . Semuanya tepat dan benar . Dah namanya fakta kan ? Namun perokok-perokok masih lagi 'melekatkan' rokok di bibir mereka . Takleh nak lepas katanya .Ye la , nak lepas macam mana kalau dah sampai duit gaji tu 50% rokok . Fikir-fikirkanlah .

KESIMPULAN

Okey , inilah saatnya kita menyimpul hasil dari perbincangan topik panas hangat lagi membakar kita ni . Rokok kan ? Stail lah . Biasa lah . Dah kalau dibiasakan memang biasa la kan ? Jadi kita dah besar panjang , pandai-pandai fikir sendiri . Allah bagi akal , kita fikir . Rokok ni stail ke , biasa ke , boleh ke , tak boleh ke . Haram ke halal ke . Maka pada pandangan saya , seorang pelajar yang masih lagi muda , belum lagi makan garam yang cukup masin . Saya menyatakan pada prinsip diri saya ROKOK TAK BOLEH , TAK MACHO , TAK STAIL , TAK BIASA , MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI , HARAM (Nanti saya tambahkan hadis/ayat untuk HARAM tu.) Tu je , anda-anda semua para pembaca bolehlah fikir sendiri . SEKIAN .

*Setkan minda kita , "TAK NAK MEROKOK!"*

Catat Ulasan