MEROKOK - STAIL , BIASA ATAU DIBIASAKAN [1]

*Setiap sedutan mengundang padah.*

KENALI ROKOK

Rokok , sesuatu yang kita amat kenali dalam kalangan masyarakat dunia moden ini . Siapa yang tak kenal musuh dalam selimut yang terkenal ni ? Diasaskan dari tembakau dan bahan-bahan kimia yang membahayakan kesihatan . Digulung-gulung lantas dicucuh api padanya dan terus diletakkan di bibir . Layan . . .

Katanya Muhammad Farhan (Rakan saya) :

-rokok melariskan penjualan kain kapan dan batu nisan . ini juga sumber pendapatan rakyat Malaysia

Katanya Danial Haqim (Rakan saya):

-Rokok ialah bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Biasa dihisap oleh golongan lelaki. Dibisiakan hisap lebih daripada lima batang sehari.(*Pendapat yang agak bagus .)

APA RASA ?

"Apa rasa ? Best ?"
"Mestilah best , kalau tak mana ada aku hisap ni , wat abis duit mak  bapak aku je."
"Ourh yeke . Dah tu kau hisap banyak-banyak tak habis duit mak bapak kau ?"
"Mak bapak aku suka hati aku lar~"

Begitu pula jawapan yang diberi , katanya lagi si perokok ,"Boleh hilang stress der . Hisap benda ni bukan apa-apa pun . Cam biasa jer ." . Haish , apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang . Asap yang sepatutnya menjadi makanan jin pun dimakannya . Jin nak makan apa ? Puting rokok je ? .

BILA START HISAP NI ?

Dahlah tu , usia seawal 10 tahun sudah mengingati nama-nama rokok - John , Suria , Dunhill , Gudang Garam , Bola , Pine  dan lain-lain . Nama-nama rokok sudah melekat erat di memori akal masyarakat zaman sekarang ni . Pelajar - pelajar sekolah menengah merupakan majoriti penghisap rokok dalam kalangan masyarakat .

Katanya Muhammad Farhan (Rakan saya) :

 -lepas lahir .(*Abaikan)

Katanya Danial Haqim (Rakan Saya):

-Paling awal ialah dibangku persekolahan. Semasa ini proses pembesaran sedang giat berlaku dalam diri budak sekolah. Perokok yg mnghisap rokok awal akan membantutkn pmbsarannya & kekuatan badan juga akan menjadi lemah akibat pmbinaan sel & dan tisu yg tidak brmutu.

MANA SELALU HISAP NI ?

Tak percaya ? Tengok la sendiri , pergi lawat sekolah-sekolah di tempat mana-mana pun . Konfem ada puting-puting rokok di dalam lubang tandas . Ha . Tengok ! Tandas yang tempat setan tu lah jadi tempat melayan jiwa bersama rokok kesayangan mereka . Tapi tak nak jugak berhenti , katanya dah melekat . Dan ayat biasa perokok-perokok di luar sana - "Nampak laki sket . Macho apa ?" . Masalahnya "macho" ke hancur sekarang ni ? .

STAIL , BIASA ATAU DIBIASAKAN ?

Maka berbalik pada topik utama , MEROKOK - STAIL , BIASA ATAU DIBIASAKAN ?
Mari kita baca pendapat dari segelintir jari masyarakat yang terdiri dari perokok dan bukan perokok .

Yang Kata Stail :



Syawal Sahimi (Rakan saya):

-nampak *STAIL*, *BIASA* je kalau dibiasakan hahak. :)
-Biasa jer orng laki isap rokok..nmpak lha jugak stailnye..jgn lha dibiasakn 6t memudaratkn kchatan



Danial Haqim (Rakan saya):

-Kalau perempuan hisap nampak style tapi mudah trkna pnykit berbahaya sprti, cancer & kmusnahan pada janin atau organ wanita.

Eiyh , bukan ke merokok tu nampak gangster ? Nampak leceh ? Stail ke tu ? Adoi , beginilah pemikiran masyarakat zaman sekarang yang terlalu tenggelam dalam kancah permainan budaya Barat yang kononnya moden . Kalau moden pon fikir-fikir la sikit diri tu . Mati boley datang ANYTIME JER . Takkan nak mati nanti pon kena nampak STAIL kan ?

~Sang Kelana~                              sambungan ke artikel kedua>>Merokok-Stail,Biasa Atau Dibiasakan[2]

Catat Ulasan