Masih Ada


MASIH ADA




Dalam senyap diam hati beradu ,
Dalam sunyi sepi hari berlalu,
Bersiullah hati berlagu syahdu memanggilmu,
Meratap hiba menanti hadirmu,
Kerana masih ada rasa yang pernah singgah disitu,
Bertapak sudah beranak cucu .

Tidak pernah kudengar nyanyian rindu,
Tdak juga kudengar alunan cintamu,
Kerana kau kurindu,
Selamanya masih kau kurindu,
Rindu yang terlahir hanya keranamu .

Telah kuhulurkan sewarkah wacana,
Mengharap mata kau membaca,
Walau sekilas pandang,
Andainya telah ada rindu kausimpan,
Andainya telah ada cinta kaugenggam,
Jangan lepaskan .
Dan lupakan aku disini kiranya masih ada rasa,
Biarkan Tuhan saja menentukan semua .

16/11/12
Sang Kelana♥~Maharanata
(6.26 p.m.)

Catat Ulasan