MAAL HIJRAH - LEMBARAN BARU KUBUKA

Jari selangkah , 
Tirai Maal Hijrah kubuka,
Setelah setahun berlalu,
Datang pula pengganti yang baru,
Masih tegakah aku menjalani laluan hidup,
Masih kuatkah aku menempuhi renjau dunia,
Di bumi Allah Yang Maha Esa.

*mod ustaz*
Assalamualaikum W.R.B.T.

Duduknya saya di depan laptop pada hari ini , bukan sekadar berfesbuk , bukan sekadar bermain game , bukan sekadar menaip kosong . Namun pada hari ini di saat ini , telah saya setkan pada minda saya , saya nak tulis perkara yang baik . Dengan harapan pembaca yang sudi baca entry ni , mampu memahami dan menghargai apa yang saya ingin sampaikan pada hari ini . Pertama-tamanya , tidak lain dan tidak bukan . Setelah bergemanya azan Maghrib tadi , maka dengan itu tertutuplah lembaran kita yang lama , yang sudah lapuk , yang sudah berhabuk ditelan jarak masa setahun  dan semua itu diganti pula dengan lembaran yang baru , putih bersih , masih suci tiada contengan . Angka pada kalendar bertambah lagi satu angka . Inilah yang ingin saya perkatakan pada hari ini , MAAL HIJRAH - LEMBARAN BARU KUBUKA . 

SEKILAS PANDANG MAAL HIJRAH

Berbicara tentang Maal Hijrah . Maal Hirah bererti , "bersama-sama berhijrah" . Hijrah sememangnya merujuk kepada Hijrah Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah . Penghijrahan Nabi Muhammad SAW serta umat Islam dari Mekah ke Madinah penuh dengan pengorbanan . Harta , keluarga , rumah ,semuanya terpaksa ditinggalkan kerana Islam . Pengorbanan para sahabat inilah yang harus kita kutip dan ambil iktibar darinya . Hijrah dalam konteks sambutan Maal Hijrah lebih merujuk kepada daripada yang baik menjadi lebih baik . Itulah hakikat hijrah yang harus setiap umat Islam fahami . Kadangkala , perlunya hijrah ini untuk mencapai sesuatu kejayaan atau kecemerlangan dalam hidup . Faham konsep hijrah ? Dari yang baik kepada lebih baik .

(Gambar Hiasan)
*Peristiwa Hijrah Rasulullah dan sahabat membuktikan pengorbanan umat Islam demi kemajuan ummah*

TEMA TAHUN INI

Apa yang dapat saya perkatakan tentang tema Maal Hijrah pada tahun ini seperti yang telah digariskan selari dengan keadaan semasa negara ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" . 4 perkataan yang memberi erti dan menjadi misi serta visi kita pada tahun yang baru ini . Biarlah kita mencorakkan lembaran baru kita yang baru sahaja dibuka dengan warna-warna dan keindahan berasaskan konsep "Wasatiyyah" . "Wasatiyyah" membawa maksud - keadilan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah . Seperti yang kita ketahui , Islam merupakan suatu rupa agama fitrah , yakni agama yang sempurna datangnya dari Allah SWT yang diutuskan kepada Rasul-Nya , Nabi Muhammad SAW . Islam hidup berkisarkan kesederhanaan dan keadilan . Keadilan dalam agama inilah yang dipanggil "Wasatiyyah" . Tak usah saya panjangkan lagi berkaitan konsep Wasatiyyah ini kerana saya hanyalah insan yang masih jahil untuk berbicara tentang agama dengan lebih lanjut . Saya bukanlah seorang ustaz , bukan ulama , bukanlah imam . Saya cuma insan biasa , takut terlencong dek mainan syaitan yang sentiasa saja menghasut minda manusia . Nauzubillah .

HIJRAH APA ?

Jadi berdasarkan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" . Itulah yang harus di terapkan dalam minda kita sebagai misi pada tahun ini yakni hidup berlandaskan agama . Apa yang perlu kita hijrah ? Tidak lain dan tidak bukan diri kita sendiri . Masih teguhkah taqwa kita ? Iman kita dah kuat ke ? Ilmu kita dah cukup nak bawak masuk kubur ? Atau kita dah cukup amal untuk dipaparkan kepada-Nya ? Semua aspek ini harus menjadi tonggak penghijrahan kita . Hijrah bukanlah bermaksug hijrah dari satu tempat ke tempat yang lain . Sememangnya dari segi bahasa begitu ,namun lain dari segi hijrah yang sebenar . Menjadi lebih baik dari yang baik . Maka setkan apa yang kita harus hijrahkan sekarang juga . Dari yang dulunya sentiasa bergelumang dalam kelalaian dunia , setkan agar kita kembali kepada-Nya dengan menyibukkan diri dengan melakukan amal soleh pula pada tahun ini . Dari yang dulunya sentiasa mengejar harta duniawi , ayuh kita luaskan pandangan kita pada agama dengan melebihkan usaha mengejar harta ukhrawi pula . Dari yang dulunya diri kita hidup dalam kepompong dosa , maka pada tahun ini keluarlah dari kepompong itu dan carilah madu-madu kemanisan pahala pada bunga-bunga yang melata dipepohon . Jom HIJRAH !

YAKIN , BOLEH PUNYA LAH

Seterusnya setelah kita telah menetukan titik visi destinasi hijrah kita . Kita seterusnya tanpa gusar dan resah perlu yakin dengan diri kita . Yakinlah kita pasti akan mampu mengarang amal-amal kebaikan di atas lembaran baru kita . Lupakan detik-detik lalu dalam kehidupan . Kata orang , yang berlalu biarkan berlalu , jangan terlalu disimpan di kalbu . Kelak madu jua jadi racun . Yakin dengan diri kita , setkan yang kita mampu mewarnai lukisan kehidupan baru dengan warna-warna yang indah dan ceria berlandaskan kehendak agama . Bukanlah susah , usaha , yakin dan doa kepada Allah Yang Maha Esa mampu memberikan semangat pada diri kita untuk meneruskan misi dalam menuju destinasi hijrah kita . Yakin Boleh Gemilang Menanti !

ANDAINYA TAK . . .

Andainya destinasi hijrah kita berhenti di separuh jalan sahaja . Jangan risau , semuanya tidak lain dan tidak bukan datangnya dari diri kita sendiri . Usahlah menuding jari kepada orang lain , lihat diri kita , ada kita usaha betul-betul tahun ni ? Kalau ada tapi tak dapat tu mungkin Allah SWT ingin mengurniakan penghijrahan diri kita yang lebih cemerlang . Tapi kalau betul-betul tak usaha , nak buat macam mana ? Memang dah hati tu taknak berhijrah , masakan jasad ingin berhijrah jua . Susah lah kalau hati tak nak berhijrah . Sebab hati tu umpamanya enjin utama manusia . Kiranya enjin tak bergerak , mana boleh kereta nak bergerak kan ? Begitulah anologinya manusia dengan hatinya . Kalau hati kata tak . TIDAK la jawabnya . Hijrahkan hati dulu la kalau macam tu .

*Kita usaha Allah tolong . Kita tak alone...*


HIJRAH HATI ? MACAM MANA ?

Malas sungguh saya ingin menaip , masakan masyrakat di luar sana yang beragam Islam masih tidak tahu nak hijrahkan hati macamana? Hijrah hati kita sangatlah rumit , memerlukan daya melawan nafsu yang sangat kuat . Tapi kalau kita betul-betul nak berhijrah , Insya-Allah dipermudahkan bagi kita segala urusan . Jadi macam mana nak hijrah hati ni ? Mengikut pada pandangan saya dan yang pernah saya amalkan , tidaklah susah nak hijrah hati ni . Caranya hanyalah mendekatkan diri dengan Allah . Tapi ingat , sebelum kita nak belayar ke pulau , kita kenalah jauh dari keluarga kan ? Maka yang pertamanya kita patut laksanakan ialah menetapkan diri dengan menjauhi maksiat , mendekati Allah . Jauhi yang tak patut dulu barulah dekat dengan yang sepatut-patutnya . Nak dekati Alla pula kenalah lakukan amal ibadat , bagi permulaan , sekadar menunaikan kefardhuan rukun Islam dan Iman sudah cukup . Hidup kita sekadar bersederhana dulu , selepas itu barulah kita mula mengorak langkah menuju cinta Allah . Dan dengan berjayanya penghijrahan hati , maka berjayalah penghijrahan seluruh jiwa , roh dan jasad kita .

 *Hijrah hati adalah hijrah yang paling utama*

SEKARANG MASANYA ! REBUT PELUANG ANDA!

Kesimpulannya , lembaran baru yang kita baru sahaja buka pada hari ini , haruslah dikarang dengan pen amal dan pensil taqwa . Berlapikkan doa dan usaha . Berwarnakan sabar dan tawakal . Agar semuanya menjadi . Misi utama kita , Hijrah dari yang jahat jadi baik . Dari yang baik menjadi lebih baik tercapai . Jadi , apa tunggu lagi ? Rebut peluang anda sekarang . Lembaran menanti didepan anda untuk dikarang sebaik mungkin . Untuk dihias seindah yang boleh . Rebut sekarang ! Penyertaan anda adalah "unlimited" . Jangan risau , semua orang boleh mengambil bahagian . Salam motivasi . Salam inspirasi . Salam ceria . Salam Maal Hijrah 1433 Hijri .


Catat Ulasan