Kesedihan-Memang Sudah Khilafku



Dikeheningan malam semalam,
Diriku termenung seorang diri di jendela,
Diriku menelaah bintang nun jauh di langit sana,
Diriku terkenang kesilapan yang kulakukan waktu dulu,
Tanpa kusedari mutiara sinar berderai berlinangan dari mataku,
Lantas membasahi pipi.

Fikiranku merana mencari ketenangan,
Namun resah gelisah lebih erat mengcengkam jiwa,
Kerana peristiwa hitam yang telah terpahat di fikiranku,
Bukan gurau senda ingin kukatakan,
Ini yang sebenarnya ingin kuluahkan,
Kerana sepatah kata dari bibir pahitku,
Mengguris jiwa seorang sahabat,
Hinggakan dia memalingkan muka dikala bertemu,
Seakan sudah tidak kenal akan diriku.

Hairan sungguh aku,
Kerana sepatah kata yang mulanya gurauan,
Kusangka ia menjemput gembira,
Namun duka pula yang menimpa,
Membuatkanku hilang rasa tuk seorang sahabat,
Tetapi aku takkan berhenti sampai disini saja .

Aku hanya,
Terus berdoa kepada Allah Yang Esa meminta dia dilembutkan hatinya,
Agar berkilau semula cermin persahabatan antara aku dan dia,
Mungkin ini hanya ujian-Nya,
Aku redha dan terima seadanya .

Aku disini,
Mengharap satu kepastian yang nyata,
Agar aku bisa menyimpul semula tali persahabatan,
Kerana kutahu kesudahan itu bukan lagi penghujung buatku,
Kini aku sedari segala salah silapku,
Yang lalu biarlah berlalu,
Kugilap semula persahabatan yang baru . . .

Catat Ulasan