Jejakku Jangan Kau Jejaki




Jangan kau turuti aku lagi,
Walau selautan kau curahkan,
Setitis pun tidakku kutip,
Sebenua kau teriak,
Sedikitpun tak mungkin ku berpaling .

Jangan kau ikuti kakiku,
Bertahun sudah aku berkelana tanpamu,
Aku sudah mampu sendiri,
Walau sejengkal tanganku kau tarik,
Sehasta mungkin ku lepaskan balik.

Jejakku sudahlah kau jejaki,
Telah pudar cinta yang telah lapuk,
Tak mungkin ku warnakan kembali dengan warna-2 tuamu,
Tak mungkin kumenerima sejarah yang hapus,
Jejakku jangan kau jejaki lagi,
Kerna aku tahu cinta pasti merana nanti .

17/10/12
Sang Kelana♥~Maharanata
(3.38 p.m.)

Catat Ulasan