Dendam Helang Yahudi,Naungan Gagak Hitam Amerika,Palestin Merana




Aku memandang mereka,
"Kejam!" hatiku kata,
Lautan hanyir berbau darah,
Tampak senang saja mereka renangi,
"Demi Yahudi bangsa kita!" laung mereka.

Bernaungkan sayap hitam Amerika,
Masakan kalah dengan semut kecil ?
Sengaja mempersenda,
Sengaja menyeru Islam bangkit semula,
Setelah kegemilangan yang lama aku lupa,
Seksa dihenjak baru terjaga.

Mereka gagak hitam Amerika,
Berselindung di sebalik putih kulit,
Ternyata hitam bulu,
Kita tak nampak,
Telah mereka lontarkan tahi dendam kesumat,
Masih kita tak nampak,
Tembok tinggi pemisah ibu dan anak,
Di Palestin kau nampak ?
"Kejam!" hatiku kata.
Baru ku sedar jua.

Sekarang apa agenda tanduk mereka ?
Menghantar semula helang Yahudi,
Menghapus semut-semut kecil tak berdaya ?
Apa mereka lupa ?
Islam semua saudara,
Masih banyak lagi di benua,
Dan masih tidur dalam lena.
Sedangkan disana ?
Hidup merana,
Minum airmata minum darah,
Makan ubat makan asap,
Dengar bom dengar senapang,
Keluarga entah kemana,
Tiada sudah ibu tiada sudah bapa,
Tiada yang tenang .

Kita di sini bagaimana ?
Menunggu senjata datang ke genggam,
Baru nak bangun menentang,
Menanti helang menyambar,
Baru lari masuk pagar.

18/11/12
Sang Kelana
(12.12 a.m.)

#PrayforGAZA

Catat Ulasan