Demi Cinta

DEMI CINTA



Cinta itu buta,
Hati yang jadi mata,
Jiwa yang berbicara,
Rasa pendengar segalanya,
Waktu tak jadi ukuran,
Masa bukanlah sempadan,
Dan jarak yang memisahkan,
Hanyalah batu tanda bagi pengukur setia,
Dan rindu yang tiada hujungnya.

Untuk sekali ini,
Berikan aku jawapan pasti,
Adakah masih tegar kasihmu padaku,
Pencinta yang membutakan mata,
Memekakkan telinga,
Membunuh rasa,
Untuk satu cinta,
Yang tiada noktahnya.

applephye
*Dipetik dari MOY Isu 99 , 15 Jun 2006

Catat Ulasan