Semalam




Dalam aku bersendiri dikamar hati,
Menemani angin,
Menemani hujan bertandang,
Menyirami luka yang dalam.

Semalam,
Cintamu mekar di tanah jiwaku,
Bersiramkan kasihmu,
Berbajakan kasihku,
Tumbuh menyubur,
Berbunga disinari fajar cinta kita,
Kini,
Kian menguncup,
Layu lalu jatuh bertaburan,
Melahirkan luka yang dalam.

Semalam,
Rindumu terselit disini,
Di soket hatiku ini,
Indah,
Menjadi penyunting semangat,
Dalam menempuhi hari,
Dan semalam jua,
Rindumu,
Menjalar melitupi segenap palung hati,
Berbuahlah kasih dan saying,
Kini rindu itu telah pudar,
Pudar jua warna-warna yang ada dijiwaku,
Diluntur dek hujan duka itu,
Tanpa pelangi rindumu,
Hilanglah seluruh warna-warna hidupku!

Semalam,
Aku kaurindu,
Aku kaucinta,
Aku kausayang,
Kini,
Siapa pula makhluk ini bagi dirimu?

3/10/12
Maharanata~Kelana Cinta
(10.15 p.m.)

Catat Ulasan