Nantikan Diriku Seketika



Maafkan aku rindu,
Kerana aku terpaksa beredar seketika,
Menyahut semboyan peperangan,
Mohon kau nantikan aku pulang.

Nantikan aku seketika,
Aku harus menyambut panggilan itu,
Menuju peperangan yang nyata,
Tanpa kutahu,
Menang atau kalah,
Berjaya atau gagal,
Syahid atau pulang,
Hanya pasrah dan tawakal.

Berbekalkan segenggam ilmu,
Dan secebis pengetahuan,
Kuhadapkan langkah dengan jitu,
Keutuhan taqwa dan iman kujunjung bersama,
Kuharap nanti fajar cemerlang menjelang.

Rindu,
Kepergianku ini,
Sedetik hanya,
Sekejap cuma,
Nantikan diriku seketika,
Akan kusung piala kemenangan,
Berkalung medal kejayaan,
Bertatah sinar kegemilangan,
Berkat pengorbanan yang seketika .

9/10/12
Maharanata~Kelana Cinta
(11.55 p.m.)

Catat Ulasan