Hei Orang Gila!





Hei orang gila,
Berbaju lusuh compang camping,
Berlubang sini sana,
Bisa ditembusi sinar mentari,
Kau memang orang gila,
Berjalan sini sana,
Melangkah jalan entah ke mana .

Hei orang gila,
Andainya kau fahami kataku,
Mahukah kau tahu?
Ada orang yang lebih gila darimu,
Iaitu mereka manusia-manusia dizaman ini,
Yang kononnya menuju kemodenan,
HAHAHA!
Gelagat mereka lebih lucu,
Dan lebih gila darimu,
Kasihan mereka,
Akal dikurnia tiada berguna .

Manusia zaman ini,
Ada kaki tak berjalan,
Motosikal ditunggang,
Namun dengan satu tayar sahaja,
Sengaja memandu sendiri keranda ke kubur,
Sengaja menempah tiket sang Izrail,

Manusia zaman ini,
Disini terbuka,
Disana terbuka,
Sehelai benang dibadan mereka banggakan,
Yang lebih hodoh dan buruk,
Dari pakaian lusuhmu,
Yang busuk dan koyak itu.

Ketawalah orang gila,
HAHAHA!
Dimana akal mereka?
Dimana minda mereka?
Dikepala atau lutut?
Manusia-manusia …
Dengan kegilaan yang menggila,
Dan kegilaan yang terserlah . . .

Catat Ulasan