Dunia




Dunia,
Apakah erti dunia,
Yang sementara ini,
Jika selepas ini,
Akhirat pula yang menanti?

Dunia,
Apakah yang perlu kulakukan,
Mengejar harta duniawi,
Membolot kekayaan ukhrawi,
Atau keduanya sekali?

Dunia,
Apakah turutanku,
Sekiranya dunia ini penuh,
Penuh kemaksiatan dan kemungkaran,
Yang lama dibiasakan?

Dunia,
Kemanakah tujuan jasad ini,
Andainya aku sayangkan duniawi,
Melebihi ukhrawi,
Apa jawapannya?

Dunia,
Apakah untuk berpesta,
Atau bersuka ria saja?

Dunia,
Tertibnya dunia,indahnya dunia,
Persinggahan sementara semata-mata,
Agama jadi pegangan,
Iman jadi genggaman,
Taqwa jadi taruhan,
Al-Quran jadi panduan,
Amalan jadi bekalan,
Mengusung pahala dalam menuju,
Syurga ukhrawi yang dijanjikan…

4/10/12
Maharanata~Kelana Cinta
(11.50 p.m.)

Catat Ulasan