Aku Takut..



Kenapa,
harus aku takut sebegini?
Tersangat gentar dan kaku tubuhku,
Pabila beradu mata denganmu,
Terasa andainya mampu,
Ingin benar aku lari sejauh mungkin darimu,
Walau sayang benar hati tuk menjauhi .

Dan mengapa ,
harus aku takut tuk menyatakan kebenaran,
Kebenaran yang menerangkan segala,
Bahawa aku telah lama terpikat denganmu,
Insan yang teristimewa bagiku,
Insan yang lama bertandang jua ke mimpi lenaku.

Walau kini,
Telah tahun yang ketiga,
Setelah lama berselisih bahu,
Mata ini takut lagi tuk memandangmu,
Bibir ini masih lagi kelu,
Diam seribu tanpa bicara,
Dek rasa takut yang melanda,
Yang telah lama berada dihati budi.

Aku memang pengecut,
Telah kuakui sedari dulu lagi,
Ternyata lisan ini sekalipun tidak berkata,
Bahawa aku ini berani,
Tak mungkin kan berlaku,
Apatah lagi hati kecil ini,
Seandainya bersuara,
Sudah tentu malu telinga mendengarnya .

Namun,
Telah kufikir kembali tentang ini,
Mungkin harusku singkir,
Lontar jauh segala takut dan segan,
Agar nanti bila tiba masa,
Pasti kuluah seluruh rasa yang sekian lama terkunci,
Dek rasa takut itu . . .

23/10/12
Maharanata~Kelana Cinta
(12.47 a.m.)

Catat Ulasan